Tuesday, March 15, 2011

CERITA LANGKAWI..

BINGKAS di Langkawi sudah berakhir. mmm.. meskipun dah berakhir. alang masih terbayang-bayang wajah seorang peserta tahun 5..bulat mukanya, hitam manis orangnya, nampak cerdik, nampak tenang, tak pernah nampak dia ketawa berdekah-dekah, bila ada yang buat lawak, dia hanya mengulum senyum...comel.

Teringat pada pagi kedua BINGKAS, Cikgu Zahir jumpa alang. "ya cikgu.." alang duduk berhadapan dengannya. "Puan tengok peserta tu ?" Jari telunjuk cikgu lurus menunjuk kehadapan. "budak yang pakai tudung hitam tu ?" Alang ingin pastikan, dalam hati ni dah terdetik, mesti ada sesuatu yang ingin dikongsi. "ha..yang kecik tu" Cikgu mengukuhkan lagi jawapan. "nampak..". "kesian dia puan..". "kenapa dengan dia ?". "budak tu.. lepas je waktu sekolah..terus dia p rumah orang.. kerja.." "ha !" bekerja ? terperanjat alang dibuatnya, alang pandang budak tu sekali lagi. " dia ambik upah basuh kain, basuh pinggan, jaga budak, nyapu sampah, lipat kain.. macam-macam laa.." Cikgu Zahir bercerita. " Dia ada ayah ?  " alang tanya . "ada.. kerja laut.. berapa sangat la dapat, mak dia pun kerja juga.. ambik upah gak kot, entah laa.. saya tak pasti yang tu.. tapi dia memang miskin". Alang pandang budak tu untuk kali ketiga..dia menyuap karipap. Berderai kulit karipap, cepat-cepat dia bersihkan mulutnya, mengutip sisa karipap di lantai dan terus letak di telapak tangan. Alahai... " tapi dia cerdik puan.. kerja sekolah semua siap..sampai cikgu-cikgu jadikan dia model pada budak-budak yang tak siap kerja sekolah.. kenapa dia bekerja pun bleh siap kerja sekolah ? mengapa kamu tak siap ?" .

Terbayang-bayang wajah dia. seorang kanak-kanak yang tak seperti kanak-kanak seusianya. ketika kawan-kawan merancang ingin bermain 'apa' selepas pulang dari sekolah. Dia sudah ada perancangan untuk ke rumah siapa untuk bekerja. Ketika kawan-kawan lain sedang seronok bermain. Dia pula sedang bertungkus lumus menyempurnakan tugas yang diberi. Sedang kawan-kawan lain pulang ke rumah dengan senyum kepuasan selepas bermain. Dia juga pulang ke rumah dengan senyum kepuasan sambil menggenggam upah di tangan...

Alahaii... :[

3 comments:

  1. huhuuh sedihnye..ingatkan zmn skrg dah x de bnd2 cmnie..rupa2nya masih ada di kalangan kita yg berkeadaan sedemikian..

    ReplyDelete
  2. alang nk details pasal bdk nih..hehe macam la x leh tpon alang kan? saje nk kasik bnykkan komen lam blog alang.. ~@fiza

    ReplyDelete
  3. a'aaa...mmm.. alang akan tolong dapatkan details dari cikgu zahir.. klau alam sekitar wat program kat langkawi bleh tengok dia.. huhuhu

    ReplyDelete