Sunday, October 16, 2011

MAN = MEAL ?

Pernah berjumpa seorang rakan lama dan dia bertanya “macammana kau nilai orang ?”. “mmm.. susah nilai orang” Alang jawab. Rasa-rasa itu jawapan paling selamat. “memang susah.. tapi macammana kau nilai ?” soalan berulang. “susah nilai.. sebab tindakan menilai ni akhirnya kita nak keputusankan ?” jawapan bersambung dengan soalan. Dia mengangguk. “memang laa.. dah tu..?” jawapan mengia itu juga beserta soalan. “dapatkan keputusan tu yang susah.. nilai orang ni perlu masa lama. Kadangkala kita rasa orang tu tak bagus.. lama-lama kita baru sedar dia bagus malah lebih bagus dari kita. Kadangkala kita rasa orang tu amat bagus.. tapi akhirnya.. macam ada yang tak kena.. kadangkala rasa sangat serasi..tapi akhirnya rasa tak selesa.. kadangkala  rasa canggung  tetapi bila lama berkawan kita rasa berbaloi.. ” .  jawapan alang subjektif. Tapi hakikatnya memang manusia itu subjektif. “ jadi macammana nak nilai orang dalam tempoh sekejap?”. Dia tanya lagi. “kau guna bomoh ! hahahaha”. Alang berseloroh. Dia ketawa kecil.. amat kecil. Senyum pun macam tak ikhlas.  Sungguh bodoh agaknya lawak itu..huhuhuhu

 “Bagi kau plak macammana nak kenal orang dalam tempoh sekejap?“. Alang lontarkan soalannya kembali.  Dia pandang alang. Dahinya berkerut. “aku confuse..” lama dia berdiam. Alang suap mee goreng basah perlahan-lahan. Memberi laluan untuknya menyambung jawapan. “haiii…entahlah !” Dia mengeluh dan  terus menghirup teh tariknya.. bagai menghilangkan sekatan di kerongkong.  Alang pandang dia. Alang pandang dalam-dalam. Memang ada rahsia yang amat rahsia. Bagai tersimpan lama. “kita ni.. tak sempurna.. menilai makhluk yang juga tak sempurna.. dah tentulah kebarangkalian memperoleh jawapan yang sempurna itu amat..amat.. amat tipis” Sengaja perkataan 'amat' itu diulang 3 kali. “maksudnya.. memang kita tak boleh kenal orang la !” Dia memutuskannya begitu. 

“Kau minum apa ?” Alang tanya dia. “Teh Tarik Kaw !” Dia jawab spontan.  “Kau suka ?” Alang tanya lagi. “my favorite maa..”. Dia menjawab malas. “Kandungan gula yang tinggi !”. Alang bersuara. Dia senyum tawar. “ macam tu laa..dalam mengenali orang..dalam berkawan..”. Alang berhenti seketika. Dia mengangkat kening. “Apa yang penting kita suka dan menepati cita rasa.. keburukan tentu ada tapi boleh pandang sebelah mata.. boleh terima dengan hati terbuka”.  Spontan dia ketawa. “Kau tu makan mee goreng..” Dia mencebik bibir. Alang pulak yang ketawa, terkena batang hidung sendiri..heee. “Aku gula je.. mee kau tu ? asid borik..sodium karbonat..sodium benzoate.. mmmm… lagi..lagi.. entah aku lupa..eh ! lagi mudarat tau !” kami ketawa sama. Tapi hidung alang terasa pijarnya..
  
“Aku dah jumpa jawapan !” Dia bersuara dalam sisa tawanya. “macam makanan ni..kita tahu ia ada keburukan. Tapi kita makan..kita minum jugak. Sebabnya kita suka, jadi kita boleh terima. Tapi bila kita sedar, ia ada keburukan, kita kena hadkan pengambilan. Tapi kalau keburukan itu dah memudaratkan. Lebih baik kita berhenti dan tukar kepada makanan yang lebih sihat". Kiasannya tepat !. “Segala-galanya kena sederhana.. nak berkawan kena sederhana.. nak sayang kena sederhana.. nak percaya kena sederhana.. nak menghargai jangan keterlaluan.. kena hati-hati dalam tindakan. Kalau keterlaluan.. sama ada kita dikecewakan atau kita pulak yang bosan..”. Dia mengangguk-nganguk. “mmm.. kesimpulannya memang susah nak nilai orang. Setiap orang ada kebaikan, setiap orang ada keburukan.Diri kita pun macam tu juga. Jalan paling selamat..dari awal lagi kena terima seadanya..kena bertindak dengan sederhana..harap orang lain pun tengok kita dalam pakej yang sama..”. Dia membuat ulasan.  Alang tersenyum tetapi bukan pada jawapannya tapi pada mee goreng basah alang yang tinggal separuh pinggan. Dalam hati terdetik..nak habiskan atau nak dilihat keterlaluan ? aduuuiiiii… :p

Wednesday, September 21, 2011

JAUHNYA PERJALANAN...

Bidalan orang  tua.. jauh perjalanan luas pemandangan maka banyaklah pengalaman. Itu betul jika kita menjadikan perjalanan yang jauh itu dan pemandangan yang luas itu sebagai mekanisme untuk menambah pengalaman.  Bukan setakat melihat ciptaanNya di alam yang luas ini.. tetapi roh penciptaan itu sendiri. Bukan setakat berjalan merentasi denai, jalan, hutan, sungai, laut dan awan-gemawan tetapi roh perjalanan dan penyaksian itu sendiri.  Bukan setakat merasa segar menghirup kedinginan pagi tetapi menjiwai  roh ketenangan yang menjadi kembarnya. Justeru bukan setakat pengalaman diperoleh tetapi kesedaran sebagai entiti yang sangat kecil jika dibandingkan dengan alam yang luas ini. Kesedaran sebagai entiti yang tidak memiliki apa-apa jika tidak diizinkan untuk memilikinya.  Kesedaran sebagai entiti yang hidup sehingga kehidupan itu dinoktahkan. Kesedaran sebagai entiti yang berdaya atas kemampuan yang dianugerahkan dan lemah atas kekurangan yang ditakdirkan. 

Semoga akal yang ada ini masih mampu berfikir dan menimbang.. semoga hati yang ada ini masih mampu mendetakkan rasa insaf dan syukur.. semoga mata yang ada ini masih mampu melihat ikhtibar di sebalik kejadian..semoga telinga yang terpasang ini masih cenderung merisik kebaikan..semoga  jasad yang dipinjamkan ini masih mampu menjadi entiti yang punya rasa ingin memberi untuk menjadikan hidup ini lebih bermakna.. 

Allah SWT berfirman dalam wahyunya yang bermaksud “ maka tidak pernahkah mereka berjalan di muka bumi, sehingga hati (akal) mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? Sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta adalah hati yang ada di rongga dada” ( Al-Hajj :46 ) 

Semoga hati kita baik terpelihara..Insyaallah

Sunday, September 4, 2011

MYCorps DI KUALA TRENGGANU..

Menghadapi calon-calon MyCorps Trengganu. Macam-macam juga.. Antara belasan calon, terdapat seorang calon lelaki berbaju merah berbunga-bunga putih. Gaya santai di pantai..hahaha..Ganu Kite.. Bila ditanya apa kemahiran yang dia miliki ? “ Saya pandai memasak. Saya boleh buat kuih. Mak saya yang ajar. Kuih sekaya dengan akok saya memang sedap. Orang sampai datang rumah nak tempah” Bangga dia menceritakan kemahirannya itu. Apabila ditanya lagi..apa kemahiran lain yang dia miliki ? “oohh..saya mempunyai daya tarikan” kami serentak mengangkat kening. Daya tarikan ?. “Kuih-kuih mak saya di bazar mesti habis..sampai tak cukup. Bukan sebab sedap saje..tapi saya lah daya tarikannya.. sayalah satu-satunya lelaki yang pakai apron ! “. Hahahaha.. sungguh yakin dan bersemangat !. 

Calon yang seterusnya masuk.  Seperti meyakinkan. Kemas dan tersenyum. Ditanya..apa itu MyCorps ? “MYCorps adalah satu program yang berkaitan dengan jenayah. Kita akan menjadi mata-mata polis. Sebarang kejadian jenayah kita laporkan secepat mungkin..” hahahaha.. pecah ketawa dalam bilik temuduga itu. Haiii..gaya dah ada. Senyuman menawan. Berjalan penuh keyakinan. Tapi  makna MyCorps dan Rakan Corp bercampur dalam fikiran heeee..

Tepat jam 1.00 petang sesi temuduga calon-calon Trengganu tamat.  Mmm ade mase nak p Pasar Payang ni..huhuhu. Tengah window2 shopping tiba-tiba dapat panggilan dari Jabatan Belia, ade sorang peserta lagi tengah tunggu. Adoooiiii.. jam dah pukul 2.30 petang. Anti klimaks tul calon ni !.  Timbang punya timbang.. kami putuskan untuk menemuduga calon tersebut. “kak lang tau.. soalan yang saya nak tanya.. Ape hebatnya kamu hingga orang lain boleh datang pagi.. kamu pulak datang petang” Tini merangka-rangka soalan. Alang pun nak tunggu ape jawapannya. 

Kami menunggu dalam Bilik Temuduga. Pintu diketuk. “Masuk” Tini bersuara. Calon itu berbaju batik. Bersongkok kemas.Surat Panggilan Temuduga dihulur. Ops ! masa..2.30ptg. Soalan Tini tidak terutara. “ Bagi saya aktiviti sukarela ini adalah tanggungjawab saya kepada Allah dan agama. Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada orang lain, itu pesan Rasulullah SAW. Itu yang menjadi motivasi dalam diri saya. Alhamdulillah sejak tiga tahun saya terlibat dalam membantu golongan penagih dadah.. Allah telah memudahkan urusan saya dalam membantu abang saya keluar dari belenggu dadah” Katanya perlahan tetapi cukup jelas. Itu antara jawapan yang diberi.Segala-galanya adalah agama. Minatnya bermula dari agama. Motivasinya berpunca dari agama.Gerak dan perancangannya juga berdasarkan agama.Persis berhadapan dengan Calon Imam Muda gayanya.. :)


Melihat calon ini, alang mengakui..jika kita bersukarela sebab memang kita minat dengan kerja-kerja komuniti, ia takkan kekal, kerana minat akan turun dan naik. Jika kita bersukarela sebab kawan-kawan, bila kawan hilang, kita akan melayang. Jika kita bersukarela sebab mengisi masa lapang, bila komitmen kita bertambah,kerja ini sudah tidak terarah. Tetapi jika kita lakukan sebab Allah menyukainya dan agama menuntutnya, kita akan merasakan ia satu tanggungjawab sebagai Hamba Allah yang sepatutnya insaf dan bersyukur dan sebagai khalifah yang sepatutnya bermanfaat.
 
Alang baru terbaca sebuah hadis Rasululullah SAW “Lepaskanlah diri kamu dari keserakahan dunia sedaya upaya kamu, kerana sesiapa yang menjadikan dunia sebagai tujuan hidupnya, Allah akan mencerai beraikan miliknya yang telah terkumpul dan menjadikan kemiskinan di dalam pandangannya. Sesiapa menjadikan akhirat tujuan dan cita-citanya, Allah akan menghimpunkan miliknya yang bercerai berai, lalu dijadikan kekayaan dalam hatinya dan dimudahkan untuknya memperoleh segala kebaikan” Diriwayatkan oleh Thabrani, Mu’jam AlKabir

MYCorps DI KUANTAN..

Wow ! Bulan Puasa ke ? soalan itu ditujukan kepada Tini, orang kuat Unit Pembangunan Sukarelawan KBS. “ dah tak ada masa kak lang, boleh la ye..” Tini seperti memberi kata putus dalam lentok bahasa yang lembut. ”Insyaallah.. boleh..” Alang cuba bertolak ansur tetapi memang teruja untuk menjayakan Siri Temuduga MYCorps. Bergerak dari Petaling Jaya, Selangor ke Kuantan Pahang, seterusnya ke Kuala Trengganu kemudian ke Kota Baharu Kelantan dan akhir sekali ke Ipoh Perak. Dalam tempoh 8 hari. Memandu sendiri. Dalam Bulan Ramadhan !.  Alang tersenyum.. mmm.. tak pernah rasa lagi pengalaman macam ni. Boleh ke ? cuba dulu.. tak daya kita buke.. alang cakap pada su. Su akan jadi co-pilot.. kami akan bergilir-gilir, Alang memandu..dia tidur. Dia tidur..Alang memandu hahahaha. 

Cerita di Kuantan..bukan calon sahaja yang terduga. Si penemu duga pun terpaksa menempuh dugaan. Rasa macam nak ketawa campur rasa nak menangis teresak-esak. Huhuhu.. Alang tak ingat calon ni.. calon yang ke berapa. Dia masuk aje..wah ! struktur fizikalnya lagi tinggi dan lagi besar dari kami berdua. “Boleh saya duduk” dia memulakan bicara. Kami mengangguk. “Siapa nama saudari berdua ?” Aik ? ini sape yang temuduga sape ?.  Calon ini gayanya hebat. Jaringan kerjanya juga kedengaran hebat. Kenal orang besar itu dan orang besar ini. Buat kerja itu dan buat kerja ini. Tahu konsep itu dan tahu pendekatan ini. Soalan ditanya satu.. jawapan diberi seribu. Soalan ditanya dua jawapan diberi sejuta. Akhir sekali, dia beri pendapat. “kalau saya jadi saudari berdua.. saya tak akan pilih budak-budak kat luar tu.. merapu !” Dia merujuk kepada calon-calon lain yang sedang menunggu di luar. ‘Hebat’kan calon ni ? heeee… 

Masuk pulak calon seterusnya. Cuak-cuak. Malu-malu. Alang tersenyum. Inilah gaya calon temuduga !. “saya adalah orang asli.. saya yakin dengan ilmu yang saya dapat nanti..saya boleh bantu belia di kampung saya untuk aktif..keluar dari kepompong.. jangan macam katak bawah tempurung” jawapan itu diberi apabila ditanya mengapa dia berminat. Apabila ditanya lagi..pernah tak timbul perasaan rendah diri apabila beraktiviti dengan komuniti luar ? “bohong kalau saya kata saya tidak rendah diri..takut orang tak percaya pun ye juga, saya tahu ini juga antara sebab mengapa belia kampung saya tidak mahu terlibat dengan program sebegini.. saya yakin jika saya terpilih..saya akan bertambah yakin dan boleh meyakinkan kawan-kawan saya untuk berani keluar, berani bergaul dan aktif bekerjasama dengan persatuan-persatuan belia yang lain”. Rasa terharu dengan semangat calon ini. Antara rasa terpinggir dan rasa ingin berkawan. Antara takut ditolak dan berani bertindak. Antara rendah hati dan yakin diri. Antara risau dipersenda dan semangat menyala.

Menjadi si penemuduga kita akan bertemu dengan ramai manusia. Pelbagai gaya. Pelbagai cita rasa. Pelbagai kekuatan. Pelbagai kelemahan. Pelbagai harapan. Lantas melorong kita untuk mencari diri sendiri dan menilai peribadi.

“Hendaklah kamu mengambil ibarat iaitu pelajaran, perbandingan dan sebagainya, wahai orang-orang yang berfikir” (Surah AlHasyr : 2)

Saturday, August 20, 2011

Terawikh Itu Terawat..

Selamat Berpuasa..Selamat menunaikan ibadah ini yang akan sampai ke titik hujungnya..semoga kita sama-sama memperoleh rahmat dan berkatNya. Semoga Allah menguatkan jiwa kita untuk terus ikhlas dalam beragama dan dalam bersamaNya.

Setiap kali alang pergi ke surau di blok sebelah. Setiap kali itu juga alang akan bertembung dengan sorang makcik yang bertatih-tatih menuju ke surau.  Alang kira-kira umur makcik ni mungkin antara 60 hingga 65 tahun. Bersemangat dia nak memeriahkan malam Ramadhan dengan amalan. Kuat dia untuk beribadat bagi memperoleh ganjaran yang berlipat. Alahai..teringat mak di kampung. Sayu lak..

Dalam hati alang terdetik.. makcik ni duduk rumah anak dia kot. Ye laa kan.. dah tua. siapa lagi yang diharap untuk menjaga. Kalau tidak anak sendiri yang telah dibesarkan sepenuh hati. Jika biasa di kampung sudah pasti tak betah  untuk tinggal di suasana yang berbeza. Tiada ayam..tiada itik..tiada pokok-pokok bunga untuk diurus..tiada tanah keliling rumah untuk disapu sampahnya..tiada suara rakan-rakan mengaji, bertahlil dan bermarhaban. Kasihan makcik.. dapat alang bayangkan resah gelisah mak bila duduk di rumah anak-anak lebih dari dua hari..  macam nak demam... huhuhu.. mak..mak..

Minggu lepas sebelum Alang ke Pantai Timur ni.. Alang sempat berbual-bual dengan makcik...... ( errr..tak ingat plak nama dia heee ). "mak cik duduk dengan anak ?" alang bertanya. "tak.. anak-anak semua lelaki nak.. apalah kita nak harap sangat" mak cik itu tersenyum..tapi bersuara lirih. Kasihan.. terasa bagai ada yang terbuku dalam hati. "ni anak ni.. duduk dengan sape ?" giliran makcik itu bertanya. "duduk sorang makcik.." giliran alang pulak tersenyum dan bersuara lirih ( hahahahaha ). "ooooooo...single lah ni ?" makcik itu menepuk kaki alang. Alang ketawa kecil tapi sedikit terperanjat..'single' ? mak cik itu menyebut 'single'. "kerja mana ?" mak cik itu bertanya lagi. " Petaling Jaya" Jawab alang. "jauh tu.. kerja kerajaan ?" tanyanya lagi. " takk.." alang menjawab sepatah. "ooo.. swasta la ye" makcik itu meneka. " tak makcik.. saya kerja di Badan Bukan Kerajaan.. bukan kerajaan dan bukan swasta.. kerja tolong-tolong orang" alang cuba menerangkan.. harap-harap difahami. tapi memang ramai juga yang tak paham. "mmmm...NGO la nii" Makcik itu bersuara. Alang tersentak. Ops ! makcik ini tau istilah NGO ?.. bermakna makcik ini bukan dari kampung. "makcik dulu kerja di mana ?" Alang plak yang bertanya. Nak tau..siapa makcik ni. " 30 tahun mak cik kerja kerajaan.. last sekali dekat Kementerian Perdagangan. Beli rumah ni.. sebab dapat duit 'gratitude', kalau tak.. tak beli juga.. " mengangguk-ngangguk alang. Bukan sekadar memahami apa yang diperkatakan tetapi terjawab sudah mengapa istilah-istilah itu bleh keluar dari mulut seorang mak cik yang alang jangkakan dari kampung... malu rasanya..rasa cam tak patut Alang memandang 'kampung' pada makcik yang bertatih datang ke surau tu. Kalau makcik ni tau..aduuuiiii.. lagi malu Alang dibuatnya. Malu dengan sikap 'label melabel ni..". kalau makcik yang datang itu bergaya atau melangkah dengan senyuman berkeyakinan atau berantai mutiara berjurai ke dada atau bergelang emas tebal sedepa atau berpakaian sutera bertelekung berbunga pelbagai warna. Maka makcik itu akan dilabel moden, hebat dan berpendidikan. Tapi kalau yang datang itu.. bertatih-tatih atau tidak memakai sebarang perhiasan atau hanya menyarung kurung kedah lusuh atau telekung biasa tanpa sulaman. Maka makcik itu adalah dari kampung ..

Adoooiiiii.. teruk..teruk...tak mau dah alang punyai hati macam ni...malu dengan makcik tu..malu dengan diri sendiri..malu dengan Allah..Astaghrafirullahalazim...

Sesungguhnya Terawikh Itu Terawat. Dalam terawikh tanpa sengaja jiwa alang terawat.. terawat hati ini untuk cenderung menjadi lebih baik.. Semoga Allah mengizinkannya..

Sunday, July 17, 2011

KG. CHUBADAK..

Kami melawat mangsa kebakaran Kg.Chubadak di Dewan Komuniti Sentul Perdana. Bertanya-tanya khabar..bertanya-tanya keperluan.  12 keluarga hanya tinggal sehelai sepinggang. Jika tiada wang simpanan.. ditambah tiada sanak saudara atau sahabat handai menghulur bantuan..aduuuii.. amat sukar nak teruskan kehidupan.  Alhamdulillah.. maklumat keperluan asas mendapat respond baik dari Giant. Sumbangan terus diberi keesokan harinya.

“Terima kasih laa.. akak tak tahu nak cakap apa lagi..” kata seorang kakak.. bersalam erat..bergenang air matanya. 

“Alhamdulillah.. banyak-banyak terima kasih..inilah sumbangan paling banyak kami dapat” Pipi alang dicium kiri dan kanan. Alang rasa.. yang lain pun dicium sama. :)

“Apa nama pertubuhan ni ?” seorang kakak bertanya. “Yayasan Salam Malaysia” Alang membalas dengan jelas. “ ye..ye..memang pernah baca dalam surat khabar.. SALAM”. Alang tersenyum.. “ inilah SALAM rupanya..” kata-katanya terhenti dan kakak itu terus memeluk kami.

Tak berhenti kami nyatakan.. kami hanya orang tengah sahaja. Tak berhenti juga kami memaklumkan Giant yang memberi sumbangan ini semua. Tetapi.. masih tak berhenti juga kami mengungkap perkataan ‘sama-sama’..

Sebelum kami tinggalkan mereka. Sempat kami mengagihkan keperluan utama. Hanya tinggal pampers dan susu bayi sahaja. Itu kami serahkan kepada mereka untuk menguruskannya. Sebab hanya keluarga tertentu sahaja yang layak menerima. 

“kami balik dulu ya..”  Kami minta diri untuk pulang. Tapi ucapan itu bagai tidak didengari.. kerana  masing-masing sibuk memberi cadangan bagaimana nak mengagihkan pampers dan susu bayi supaya tidak timbul rasa tidak puas hati.

Sekali lagi ucapan itu diulangi.. hanya sekadar ingin memaklumi.. tapi  jelas ternyata.. berdirinya kami di situ bagai tidak disedari. Lama-lama kami mengundur diri.. tanpa sesiapa melambai atau menyatakan.. ‘jumpa lagi’. Hanya diiringi senyuman sendiri.. kami melangkah pergi.. hihihi... 

Bila difikir-fikirkan..jika diri ini salah seorang mangsa kebakaran yang aktif memberi cadangan.. agaknya tindakan itu jua dilakukan.. apa yang nak dipelikkan ? tindakan spontan :) 

Tuesday, July 12, 2011

9 JULAI ITU..

9 JULAI.. Bila Bersih berarak dan bila polis bertindak. Kita plak yang stuck. Tak tau bagaimana nak bergerak. Setiap arah ada sekatan. Hanya bergerak ikut arah yang polis tunjukkan, sampai di hujung jalan.. ada yang hilang panduan. Mencari alternatif sendiri..akhirnya bertemu polis lagi.. dan lagi..dan lagi.. dan lagi..haiii…

Apa-apa pun Alhamdulillah..meski pelbagai halangan 14 sukarelawan sampai ke opis dengan jayanya. Di SALAM  alang memang mengenali  insan-insan yang penuh komited dan dedikasi. Dan 9 Julai itu.. Alang cukup insaf.. sesungguhnya insan-insan itu.. bukan sahaja  komited dan dedikasi tetapi ikhlas dan berjiwa suci. Segala sekatan dan cabaran tekad diredahi. Demi merealisasi misi dan visi. Demi membantu sasaran yang memerlukan. Tanpa mengira bangsa dan anutan. Tak tahu apa bentuk balasan.. Hanya Allah jualah yang berhak membalasi.. kerana hanya Dia jua yang  Maha Mengerti..

Akhirnya menjelang jam 2.00pagi, Modul Peningkatan Penguasaan Bahasa Malaysia khusus untuk SKT Tamil Rawang berjaya disiapkan.  Jam 7.00 pagi..kami bergerak dari SALAM ke SKT Rawang..

Masuk sahaja ke dewan.. berterusan kami diraikan dengan tepukan. Rasa seronok dengan sambutan. Bersemangat bila diberi penghargaan.  Wajah-wajah peserta diperhatikan satu persatu..ceria sungguh mereka. Tapi dalam hati ini.. terlintas rasa ‘awas’ kerana memang sedia dimaklumi pelajar yang menyertai program ini adalah pelajar yang amat lemah penguasaannya dalam  Bahasa Malaysia sehingga cikgu-cikgu sudah habis cara lalu menjemput kami  yang tak tentu taranya.

“aka..kenapa buat satu hari saja ?” seorang kanak-kanak perempuan bertanya tika alang bersalam dengannya . “mmm..” nak jawab apa nih.. alang tercari-cari jawapan yang sesuai. “aka.. lepas ni buat 3 hari ya..” kata kanak-kanak itu tersenyum dan terus berlari mendapatkan rakan-rakannya. Tersenyum alang dibuatnya . Tiba-tiba telinga menangkap nama alang dipanggil “Cik zakiah..” Alang terus berpaling. Cikgu Siva, Guru Bahasa Malaysia SKT itu. “Ya.. Cikgu”. “ada masa tak dalam bulan 9 ? kita buat sekali lagi ?” Cikgu berharap. Alang serba salah. Cuba  berkira-kira dan mengingat-ngingat. Confirm tiada yang kosong. “sori cikgu.. jadual kami dah penuh..” kasihan tengok cikgu yang penuh semangat itu.”err..tapi tahun depan maybe..sebab jadual masih kosong” Alang  cuba memenuhi permintaan. “ok..kita buat Januari ya..saya booking Januari ! Ingat ya ! pantas Cikgu Siva membalas sambil erat bersalam.  Bersungguh-sungguh dia mengingatkan. Bersungguh-sungguh dia mengharapkan. 

…………………….

Sahabat-sahabat.. meski pengorbanan kalian tiada balasan. Senyuman di wajah kanak-kanak itu cukup menggambarkan usaha kalian telah mengisi kekosongan. Meski tiada ganjaran dijanjikan.. genggaman erat dan harapan yang menggunung Cikgu Siva..jelas menggambarkan sumbangan kalian amat didambakan.  Tahniah ! kerana dalam banyak-banyak insan.. kalian yang telah dipilih tuhan..Untuk terus terusan melakukan kebaikan..  :)

Friday, July 8, 2011

KITA YANG SAMA

Dah lama alang tak jenguk blog ni.. maknanya dah lama jugak alang tak meng'update'nya. 
BINGKAS Utan Aji Perlis.. BINGKAS Telok Malek Jitra..BINGKAS Seri Pinang Sungai Petani.. BINGKAS Padang Chichar Sik ..berlalu begitu sahaja. Mmmm.. sebenarnya banyak cerita tentang itu semua.. terlalu banyak sehingga ada yang sudah terlupa. Di Utan Aji..Isu PAKSI KEJAHATAN yang mampu menggelodak jiwa dan otak fasilitator. Di Telok Malek..Isu budak-budak yang sangat bersedia tetapi terdapat virus yang menyerang jiwa dan raga mereka pula  . Di Seri Pinang.. cerita tentang kibaran bendera perang antara fasilitator dan pihak pengurusan kem. Akhir sekali di Padang Chichar..selain kisah makan durian yang banyak di kampung mas..huhuhuhu.. (terima kasih mas J ) ada cerita tentang budak  terlompat-lompat memegang perut bila mendengar kata-kata perangsang dari kakak fasilitator. Bila ditanya mengapa? Ikhlas dia menjawab.. Lapar..pukul berapa boleh berenti kak ? ha ha ha..
Budak-budak.. budak-budak yang suci wajahnya walau kelihatan comot peragaannya. Budak-budak yang ikhlas hatinya walaupun ikhlas juga nakalnya. Budak-budak yang manis senyumannya walaupun  ada yang terselit wajah masam mencuka. Comel..
Apa-apa pun gaya mereka..kita tetap sama. Bawa misi yang sama. Bawa visi yang sama. Gaya yang sama. method yang sama. Akhirnya mencapai kepuasan yang sama atau hampir-hampir sama.. atau tiada kepuasan pun tetapi tetap membawa pulang  pengalaman yang sama. Kita semua seperti diatur..disusun.. diletak baik-baik di sebatang jalan. Kita ditakdirkan untuk  melalui jalan itu bersama-sama.. kita tidak menjangka akan melaluinya bersama-sama.. kita juga tidak pernah terfikir pun.. hidupnya kita ini..sama-sama berada dalam pengalaman yang sama. Dalam dunia yang tersangat luas ini..kita berada di sudut bumi dan langit yang sama. Dalam pelbagai jenis ragam manusia..kita bagai mempunyai getar rasa yang sama.Tak terfikirkan ? Tetapi itulah yang telah diaturkan Tuhan.. kita bersama menjalani sisi kehidupan yang sama. Semangat memulakan langkah.. tetapi dalam semangat kita tersengat. Sepenuh jiwa dalam memulakan komitmen tetapi separuh nyawa untuk menghabiskannya.. Sepakat itulah penguat.. tetapi jika ada yang buat-buat penat.. hati bagai disiat-siat.  betulkan ? Itulah kita.. itulah kita..itulah kita yang sama..
Sahabat-sahabat..itulah yang kita tahu sekarang..itulah yang kita rasa dalam perjalanan kita sekarang. Tetapi tahukah kita yang seterusnya ? Bila perjalanan ini akan tamat ? bila jalan ini terhenti kerana jalannya telah mati ? kita tak tahu. Bila salah seorang dari kita akan bertukar haluan perjalanan. Kita tidak tahu. Bila salah seorang daripada kita mengangkat ‘bendera putih’ menandakan dia terpaksa berhenti dari meneruskan perjalanan ? kita tidak tahu. Adakah kita ? Adakah siapa ? Jika kita ditakdirkan meneruskan perjalanan.. dengan siapakah kita akan bergandingan ? Jika kita pula ditakdirkan untuk berhenti di pertengahan jalan.. selepas siapa diri kita ditakdirkan untuk menamatkan semangat dan komitmen ini ? kita tidak tahu.. memang kita tidak tahu.. kerana hanya yang tahu adalah Yang Maha Tahu.
Kita terlalu lemah untuk tahu semuanya..kita tidak cukup kuat untuk mengetahui kebenarannya.. Oleh itu sahabat-sahabat.. dalam perjalanan yang tidak tentu panjang atau pendeknya ini.. dalam naifnya kita.. dalam lemahnya kita.. dalam serba tidak tahunya kita ini.. kita yang sama ini masih diberi upaya untuk mengetahui.. memahami dan merasai..kata-kata Sayidina Ali Abi Talib iaitu  ‘Beramallah kamu di tempat yang hanya ada amalan tetapi tiada ganjaran sebelum kamu berpindah di tempat yang hanya ada ganjaran tetapi tiada amalan’..

terima kasih untuk segalanya.. J

Thursday, June 9, 2011

CERITA MAK..

"Mak dah tua sangat dah.." kata mak masa alang pulang ke kampung minggu lepas . Alang pandang muka mak. Umur mak dah 66 tahun..banyak kedutan di wajah mak.. tapi mak tak pernah cakap cam ni.  "nape mak ? " risau.. mak rasa tak sihat ke.. ? getus alang dalam hati "petang tadi..masa nak start Baca Yassin kat rumah Cik Limah..puas laa mak bukak bekas cermin mata mak.. tak boleh boleh !" alang tadah telinga.. kenapa ? jemari mak tak kuat lagi ke ? tangan mak cramp ? "tiba-tiba kawan-kawan mak ketawakan mak.." eh ! kenapa ? kenapa kawan-kawan akrab mak ketawakan mak. tak kesian ke kat mak ? betullah orang kata..kawan menangis susah dicari...kesian mak. Sedih alang tengok mak. Tiba-tiba mak ketawa. Eh ! kenapa plak ni ? lagi risau alang dibuatnya. Alang nak ketawa ke tak nak nih ? Mula-mula cam sedih. Tapi ape lak cerita sekarang ? Biar betul mak alang nih. Mak ketawa dalam sedih ke ? atau mak tak nak alang susah ati ? mak terus ketawa. "eh ! mak kenape ?" Alang tanye..harap2 mak ok.  "mak bukan bawa cermin mata..mak bawa remote astro" ha ha ha ha..Alang plak tak berenti ketawa. padan la kawan-kawan mak ketawakan mak.  "habis masa mak try bukak tu..mak tak tengok ke ?" alang tanya dalam tawa "Mak pandang quran..bekas cermin tu..sama besar dengan remote.." mak terus sambung ketawanya.. hehehehe.. kalau alang jadi kawan mak pun..alang akan ketawakan mak walaupun akrab..siap guling-guling lagi..hahahaha.. mak..mak.. :) 

Tuesday, May 31, 2011

MEMANG TAK SANGKA...

Memang Tak Sangka.. apabila mendapat berita tentang tragedi tanah runtuh di Batu 14. Ditakdirkan dengan runtuhnya tanah itu..terkorbanlah 16 nyawa, 14 kanak-kanak 2 dewasa. Alahai..tiada apa lagi yang boleh diulas. Tiada apa lagi yang perlu dikata. Alhamdulillah rakan-rakan sukarelawan yang tika itu berada di Sungai Congkak bergegas ke sana. Buat apa sahaja yang terdaya. Sediakan makanan kepada pasukan penyelamat yang berusaha. Sampaikan maklumat kepada rakan-rakan dari semasa ke semasa.

Setelah mendapat maklumat keperluan bahan-bahan mentah dari lokasi bencana. Alang dan Yus bergegas ke sebuah mini market di Jalan Gasing.  Pekerja-pekerja mini market itu tertanya-tanya mengapa kami membeli barangan dalam jumlah yang banyak. Apalagi kami terus ambil peluang bercerita tentang misi bantuan untuk mangsa-mangsa tanah runtuh yang mengorbankan nyawa anak-anak yatim dan miskin di Hulu Langat itu. kami juga tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan diskaun, mereka mengangguk-ngangguk tanda ‘tiada masalah’. Apabila berada di depan kaunter untuk melunaskan bayaran, terpapar di skrin casher keseluruhan kos adalah RM278.55 dan jumlah yang perlu dibayar adalah.. RM275.00. “laa.. diskaun RM3 je  ? ” Yus bertanya. “diskaun juga.. bukan RM3.00 saja tapi RM3.55” Casher itu menjawab bangga. Alang memandang Yus..Yus mencebik tak puas hati. mmmm.. Memang Tak Sangka mini market sebesar itu, yang jelas tertulis ‘mini market keluarga’ tidak tahu di mana letak ciri-ciri kekeluargaannya.  Jauh sekali rasa berkeluarga dengan mangsa-mangsa yang sedang menderita.. Agaknya jika dibawa reporter untuk membuat liputan berkaitan keprihatinan, baharulah nilai-nilai kekeluargaan itu ditonjol-tonjolkan. :p

Cerita bab reporter ni..mmm.. satu lagi yang Memang Tak Disangka. Di lokasi bencana..tugasan utama sukarelawan adalah memasak dan menyediakan makanan panas untuk tenaga-tenaga penyelamat seperti Bomba, JPAM dan Tentera . Tetapi lumrah sukarelawan SALAM memang tidak boleh duduk diam, apabila tugasan utama dilangsaikan. Kami bergerak ke lokasi tumpuan, melihat botol-botol mineral bertaburan, tin-tin minuman berselerakan dan kotak-kotak berlonggokan, sukarelawan dah tak senang duduk. Itu semua boleh di’recycle’kan !. Apa lagi para sukarelawan terus mengutip, mengumpul dan membawa apa sahaja yang boleh dikitar semula keluar dari lokasi tumpuan. Sedang orang ramai terpusu-pusu melihat  apa yang berlaku, sukarelawan ‘terpusu-pusu’ mencari sesuatu. Sedang orang ramai  bercerita dan mengulas tentang kejadian yang menyayat hati itu. Sukarelawan pula bercerita tentang aktiviti-aktiviti sukarela yang lain yang boleh dijalankan hasil jualan barangan buangan itu. Sedang orang ramai yang sibuk keluar dan masuk itu memandang sebelah mata tentang aktiviti kitar semula ini. Sukarelawan pula membuka kedua-dua belah mata untuk mengumpul seberapa banyak barangan yang boleh dikitarkan. Tup. Tup. 2 orang reporter berbangsa Cina dari The Star merapati kami, bertanya tentang itu dan ini..tentang SALAM, tentang aktiviti sukarela, tentang kitar semula sehinggalah kaitannya dengan tanah runtuh ini akibat kurang kesedaran manusia tentang alam sekitar dan penjagaannya. Kami meneruskan aktiviti mengutip, mengumpul dan memenyekkan tin. Kami melepasi sekumpulan reporter dan cameraman Melayu yang sedang membelek-belek camera.Tiba-tiba terdengar suara dari kumpulan itu... “buat apa laa nak buat liputan bab-bab kutip sampah ni.. dah boss suruh fokus tanah runtuh.. buat tanah runtuh je la !”  hai…Memang Tak Sangka..ayat itu keluar dari mulut reporter Melayu..harap mereka janganlah menganggap kami inginkan liputan. Dahagakan ke’glamour’an. Kami hanya bertindak atas dasar ingin bertindak. Bertindak sebab tahu, ia perlu diambil tahu dan bukan buat-buat tak tahu atau datang dengan gaya serba tahu !. kami bukan mahukan pujian memuncak atau gambar terpapar di akhbar. Selama ini pun kerja-kerja sukarela terus terlaksana  tanpa ada reporter yang berkejar sama. :p :p

Terngiang-ngiang di telinga Alang, kata-kata Tok Mat ( Datuk Ahmad Talib, Executive Director News and Editorial of the Media Prima )..dia kata.. "kalau anjing menggigit budak.. Itu berita biasa.Semua orang nak cerita. Bila semua nak cerita..Bila semua buat perkara yang sama..itu dah tak ada nilai berita. Tapi yang ada nilai berita adalah..bila budak menggigit anjing. Ia nampak terpencil. Jarang-jarang. Tapi itulah berita! Itu yang kita cari !”

Agaknya..isu penjagaan alam ketika alam memerlukan penjagaan..tidak setaraf isu budak menggigit anjing.. ketika banyak anjing menggigit budak.. :p :p :p

Thursday, May 19, 2011

BINGKAS LAH PULAU KUNDOR !

Tibalah sesi memperkenalkan diri fasilitator.  Amir, Aznam, Farhan, Zul, K.long, K.ngah, Yus, Mas, Lia, Yani, Ain dan Erme berbaris.. tersenyum mesra.  Lagi lebar senyuman ex-fasi tahun 2010 dan 2009 bila nama mereka diingati tanpa perlu memperkenalkan diri. Seorang demi seorang memperkenalkan diri. Alang memandang saja sambil memerhati gelagat kanak-kanak mengingati nama-nama fasilitator. Mereka tidak boleh mencatat. Mereka hanya perlu mengingat. Jika gagal, markah kumpulan jadi taruhan. Sengsarakan ? heee.. Tiba-tiba terdengar tawa pecah di satu kelompok peserta. Alang terus berpaling kepada barisan fasilitator “siapa fasi yang buat lawak ?” terpandang fasi yang sedang memegang mic. Pelik ! tiada riak lawak di wajahnya. Yang ada hanya riak tegang. Tapi kenapa peserta ketawa ?. “kenapa ketawa ?” soalan yang sama  terlontar dari mulut fasilitator itu. Kelompok peserta itu senyap membatu, tunduk membisu. Aik ? baru tadi ketawa dah macam tak bernyawa ?. “Kenapa ketawa ? akak tak suka ya..adik-adik ketawakan nama orang” fasilitator itu memberi amaran. Merah mukanya. “Siapa yang ketawa..bangun !” Arah fasilitator tersebut. Kelompok peserta tidak menganjak dari ruang duduk mereka.  Alang dah tak boleh duduk diam. Dah panas ! mereka ketawakan nama fasilitator. Tiada sifat hormat kepada orang yang tekad berhemat. Tiada rasa menghargai orang yang ingin menabur budi. Jika bukan fasi pun.. nama sesiapa sahaja tidak boleh diketawakan. Tidak boleh sama sekali.Lebih-lebih lagi orang yang lebih tua. Ini maruah ! ini harga diri ! Alang terus bangun dan menuju ke kelompok peserta tersebut. Semua tunduk memandang meja. “Siapa yang ketawa tadi ?” Alang bersuara mendatar. Semua senyap. “Siapa yang ketawa tadi ?” Alang keraskan suara. Juga tiada reaksi. “ Bangun ! Siapa yang ketawa tadi ?” Alang terasa suara Alang bagi halilintar membelah bumi. Sembilan orang peserta bangun hampir serentak. “kenapa ketawakan kakak tadi ?” Alang bertanya seorang demi seorang. Semuanya mengunci mulut. Semuanya mengangkat bahu. Semuanya tak tahu kenapa mereka ketawa ! semua tak tahu apa penyebabnya ! Mustahil ! “keluar ! berbaris di situ !” Mereka diarah keluar dari kantin sekolah. Berbaris lurus menghadap ke ruang peserta berkumpul.  Mereka didenda berdiri separuh. Tiada jawapan diperolehi.. pelik ! pelik ! Sesi pertama di hari pertama yang memanaskan jiwa ! 

………………………………….

“ Alang.. Alang !” terdengar nama  dipanggil. Memang Alang mengecam suara itu.. suara fasilitator yang namanya diketawakan semalam. “Saya dah tahu kenapa diaorang ketawakan nama saya ” Fasilitator itu  tersenyum. “nape ?” Alang teruja ingin tahu. Apa sebabnya. Apa masalahnya sehingga ‘sebab itu’ tidak mahu digemburkan. “camni..budak kumpulan saya baru bagitau tadi. Nama saya sebenarnya sama dengan  nama sorang budak kampung ni. Budak tu hidu gam. Entah macam mana satu hari tu..budak tu hidu punya hidu..tiba-tiba gam terlekat kat mulut dia.. terus tak leh bukak mulut”. Ha ha ha ha ha “pasal tu laa.. diaorang tergelak..diaorang teringat budak tu”. 

Alang tak boleh menahan ketawa. Terbayang ‘style’ budak yang ketagih gam. Mereka memasukkan gam gajah atau gam kasut dalam plastik. Setiap kali mereka ingin menghidu.. mereka akan membuka sedikit mulut plastik, meletakkan hidung , menghidunya dan terus menikmatinya. Mungkin budak itu tersilap langkah..terlalu gelojoh kerana terlalu ketagih. Lalu mulut plastik dibuka seluas-luasnya. Bukan sahaja hidung  malah mulut juga memainkan peranan yang sama. Hidu punya hidu..Akhirnya.. gam kasut yang tujuannya untuk melekatkan kulit kasut..akhirnya.. melekatkan kulit bibir .. ha ha ha ha..

Adik..adik.. kalaulah sebab ini dimaklumkan. Sudah pasti korang tidak menjalani hukuman. Dalam ketawa..Alang menggeleng kepala.

Wednesday, May 11, 2011

EDISI CHANGKAT IBUL & AYER PUTEH

Macam-macam kisah di sini..Macam-macam gaya budak yang ditemui. Pelbagai cara diguna, pelbagai pendekatan dipraktikkan. Ada yang menjadi.. ada juga yang tak jadi-jadi. Ada yang seperti mentaati.. ada juga yang seperti tiada erti. Ada yang semangat..ada juga yang muka macam kena sengat.  Adoooiii… betullah bak kata pepatah. Lain padang lain belalang..lain orang lain ragam..

Itulah fasilitator BINGKAS. Fasilitator yang bernama sukarelawan. Hakikatnya seorang sukarelawan..memang perlukan rasa suka dan rela. Bila suka.. kita akan lakukan apa sahaja, korbankan apa yang ada, berkongsi apa yang sedia, meski mencabar tetap tegar, meski banyak keletah tetap tidak melatah, bersabar  tanpa alah, bersungguh tanpa mengeluh. Hebat penangan rasa suka kan ? 

Bila rela pula bersarang di jiwa.. bagai di depan tiada halangan. Jika ada halangan.. diterima dengan penuh keterbukaan. Rela berada dalam kesusahan. Rela bergelumang dengan cabaran. Rela meredah meski parah.

Rela kerana suka. Suka kerana rela. Suka ! Suka ! :)

Wahai rakan yang budiman. Teruskan rasa suka dan rela itu. Hanya dengan itu sahaja..yang dianggap ‘apa-apa’ tidak akan menjadi apa-apa. Malah tidak akan timbul istilah mengapa dan kenapa ..jauh sekali..timbul kata-kata ‘xde kerja cari kerja’.

Rakan-rakan.. kerana suka dan rela juga..ingin alang berkongsi hadis Rasulullah SAW yang kita cintai ini..

Dari Anas ra, dia berkata “ Telah bersabda Rasulullah SAW. Barangsiapa yang berjalan untuk memenuhi keperluan saudaranya, Allah akan menulis untuknya setiap satu langkah sebanyak tujuh puluh kebaikan dan menghapuskan tujuh puluh keburukannya. Jika dia berhasil memenuhi keperluan saudaranya itu, maka dia bersih dari dosanya sama seperti tika hari dia dilahirkan. Jika dia mati di saat itu, maka dia masuk syurga  tanpa dihisab”

Besar faedah yang tersedia untuk kitakan rakan-rakan? 

( teringat pulak alang..tika rombongan fasi Jelutong merentas highway dengan sleeping bag tergantung di leher…huhuhu )

Thursday, May 5, 2011

MAKAN..MAKAN & MAKAN...

Jika kita pengamal Detox, bukanlah satu masalah jika kita tidak menjamah sebutir nasi pun selama seminggu. Jika kita pengamal Detox, kita tidak kisah menurut syarat-syarat untuk hanya  memakan salad, tomato, karot, pisang atau susu selama tempoh itu. Kenapa kita mengurangkan kadar makanan harian ? kenapa kita sanggup mengosongkan perut ?.. semua itu kita lakukan dengan rela sebab kita tahu manfaatnya..sama juga jika  kita berpuasa.  Tetapi jika kita dipaksa untuk berlapar sedang kita boleh untuk kenyang ? Bagaimana ? sudah pasti kita tertekankan ? Jika kita dipaksa memakan sayuran sedangkan  nasi yang menjadi rutinan terhidang di depan mata tetapi dilarang menyentuhnya  ? bagaimana ? mesti jiwa kita rasa meronta-rontakan ? 

Hakikatnya itu lah kita.. itulah kita yang pantang perut bunyi berkeriut.. mulalah otak ligat berputar..nak makan apa ? nak makan di mana ? nak ajak siapa ? jika ada duit lebih..mmm.. tidak mengapa dilaburkan sedikit.. bukan untuk orang lain..untuk perut sendiri juga.. heee.. jika duit seperti biasa tetapi mahu makanan yang gred A.. jom lah ke Bomba.. jika duit seperti biasa juga tetapi mahu makan yang biasa-biasa.. seksyen 8 atau 14 la jawabnya.. yang terbaru café NPC . apa-apa pun atau di mana-mana pun.. tak mengapa.. yang penting keriutannya perlu didiamkan. Bila keriutnya sudah diam, kita pula yang bungkam,kaki macam dah kena gam, otak dah macam lembam..sebab perut penuh dengan isi yang macam-macam.. mmm… itu lah kita.. Alang sebenarnya…Astagrafirullahala’zim.. 

Kenapa Alang cerita bab makan plak nih ? sebenarnya perut Alang sekarang dah lebih muatan. Jika ia disamakan dengan lori..silap hari bulan berpotensi menjadi tahanan JPJ. Dalam perut ni.. ada lebih 10 ulas durian Batu Kurau.. dalam perut ini juga ada nasi berlaukkan ikan siakap bakar, sotong goreng tepung, kangkung goreng belacan dan air tembikai. Tak cukup lagi dengan itu.. ia ditambah pula dengan jeruk mangga, jambu air madu dan pelbagai jenis asam…kuaci juge.. eeee.. ( bila baca semula perenggan ni.. Alang tertanya sendiri.. perut Alang ke tu ? eeee.. bukan lah ! bukan ! bukan ! .. mmmm.. sebenarnya YA ! memang ye pun..perut jenis ape tu ? Astagrafirullahala’zim…. )

Bila perut dah kenyang.. lebih banyak perkataan ‘adooooiiii’ dari Alhamdulillah.. Astagrafirullahala’zimmmm !!. itulah kalau kita terlalu kenyang.  Memang buruk ! Memang Teruk ! Masa dah kenyang baru nak menyesal. Masa makan tadi.. Ambooiiii … agaknya syaitan bukan main lagi..menyua-nyua makanan yang masih belum habis… “ambik yang tu” “ambik yang tu plak” “eee.. jgn membazir nanti jadi kawan kami..”. Sudahnya kita yang merana kekenyangan.  jangan laa.. mati masa kenyang nih.. menyusahkan orang nak uruskan jenazah je... eeee.. X mou ! X mou !

Rasa berdosa.. Terimbas Hadis Rasulullah SAW “Orang yang paling kenyang makan di dunia akan menjadi paling lama lapar pada hari kiamat.” (HR. Al Hakim).  Lagi satu Sabda baginda, maksudnya; “Janganlah kamu mematikan hati dengan banyak  makan dan minum, walau pun yang halal. Kerana hati itu ibarat tumbuh-tumbuhan, ia akan mati jika terlalu banyak disirami air”. Allah SWT juga dah memberi peringatan  dalam Al Quran maksudnya; “Makan minumlah kamu, tetapi jangan berlebihan” (Surah Al ‘Araf ayat 31).

Dah tu kenapa dibuat ? Ampun Ya Allahhh…Semoga Allah memimpin dan membimbing Alang yang mudah lupa ini..dalam rasa bersalah…terlayang fikiran Alang pada 3 orang kanak-kanak  yang tinggal di rumah PPRT di Seremban Selatan.. Aduhhhh.. apalah yang mereka makan malam ni kan ? kasihaaaannn..

Adik-beradik itu..Alang temui ketika bersama-sama Group My Ole-Ole Seremban.. Yani, Aniza, Ash & Su. Turut disertai oleh Pelajar-pelajar Kolej Mara Seremban  dan  AADK Seremban.Projek ini adalah projek mengagihkan makanan kering dan tahan lama seperti beras, minyak masak, susu, tepung, gula, garam, kordial dan sebagainya kepada keluarga-keluarga yang daif.  

Alang tengok jam.  Dah Pukul  11.19 malam. Sudah pulangkah ibu mereka membawa makanan ? atau sekarang  mereka sedang menikmati sebiji burger seorang bagi mengalas perut yang seharian tidak menjamah makanan atau tertidur dalam kelaparan tika menunggu  ibu yang tidak pulang-pulang..
……..
Hari itu..Kak Yam ( AJK Masjid merangkap penunjuk arah ) membawa kami ke deretan rumah PPRT. “dok sini dulu ya.. biar akak tengok.. takut pulak kalau tak ada kat rumah “ bergegas Kak Yam keluar dari kereta. kami yang berjumlah 16 orang menunggu di tepi jalan. Menunggu dan menunggu…  dari jauh nampak Kak Yam berjalan bersama  3 orang kanak-kanak. Melangkah agak lambat..takut..takut.. bertolak-tolak mereka di belakang Kak Yam. 2 lelaki seorang perempuan.
“Mak diaorang keje.. diaorang je ada.. baru balik dari sekolah” Kak Yam menyampaikan maklumat itu. Seorang demi seorang muncul dari belakang Kak Yam. Bersalam dan mencium tangan kami. “ yang ini darjah 6.. yang ini darjah 3..yang bongsu ni darjah 1” Kak Yam mengusap-ngusap kepala yang bongsu. Malu mereka diperkenalkan.. tersenyum dan pandangan dilarikan ke tanah. “jom lah ! kita tengok rumah diaorang..” ajak Kak Yam. Kami bergerak..berlari anak-anak itu  ke rumah mereka. Sampai di hadapan rumah. Ada 4 cermin tingkap telah pecah. “masuklah..tapi maaf rumah kami bersepah” kata adik perempuan yang berada di darjah 3. Di kuis-kuisnya sampah masuk ke bawah TV. Si abang dan si bongsu pantas mengalihkan baju-baju yang belum berlipat.  Berlari adik perempuan itu mendapatkan tikar dan membentangkannya di hadapan TV… Alahaii..terasa sayu melihat kesungguhan mereka melayan kami. Mata ini liar memandang sekeliling.. agak tak terurus rumah ini.. ya laah..hanya mereka yang tinggal. Ibu mereka berulang-alik setiap hari ke Kuala Lumpur. Seawal pagi keluar dan lewat malam baru kembali. “budak-budak ni jarang makan tengah hari.. nanti mak diaorang balik dalam pukul 11 malam.. baru makan” bisik Kak Yam. Tersentak Alang dibuatnya. Mata alang memandang rakan-rakan yang lain. Bagai ada rasa yang sama. Bagai ada sedih yang menjerut jiwa. “adik-adik lapar tak ?” Alang bertanya. Mereka bertiga saling berpandangan. Yang sulung mengeleng perlahan. Yang kedua pun sama. Yang bongsu bagai menelan air liur. “mmmm…adik-adik nak makan tak ?”. Pantas mereka mengangguk-ngangguk kepala. Manis wajah mereka dihiasi senyuman. Ada terselit sedikit senyum malu kerana menyembunyikan rasa kosong di perut tadi. Tak mengapa adik..keletah kanak-kanak..sukar untuk menipu.

Adik-adik itu dibawa ke kedai makan. Sementelahan itu rakan-rakan sukarelawan yang berada di rumah tidak duduk diam. Menyusun buku yang  tidak tersusun. Membasuh pinggan yang tidak terbasuh.  Menyapu sampah yang bersepah. Membuang sampah yang lama terbiar. Dan macam-macam lagi. Licin rumah itu dikerjakan. 

Apabila mereka pulang membawa beberapa bungkusan makanan. Kami sudah bersiap sedia untuk pulang. Sengaja buat begitu, takut mereka segan menyuap makanan bila banyak mata yang memandang. Masuk sahaja ke rumah..adik-adik itu terus bersila di lantai. Bersedia membuka bungkusan. Tapi terhenti seketika  “adik-adik.. akak dengan abang balik dulu ya.. jangan nakal-nakal.. belajar rajin-rajin tau. Mm.. di belakang tu ada sumbangan barang-barang makanan dari kami..nanti bagitau mak ya “ kata wakil kami .  Mereka mengangguk laju, jari jemari pantas membuka bungkusan. Tangan kanan terus menyuap makanan, tangan kiri melambai tak henti.. mulut yang penuh dengan makanan tak lekang dengan senyuman. Mata yang redup menahan lapar, kembali bercahaya dan cerah bersinar.  Comel..

Wednesday, April 27, 2011

PULAU BETONG, BALIK PULAU PULAU PINANG

 BINGKAS di sini Alhamdulillah segalanya menjadi.. Hikmah sebelumnya diakui.. banyak pelajaran dipelajari.. apabila laporan perlu diperinci..segala komen fasi ditelusuri..ada modul yang diganti..ada tentatif yang diperbaharui.. ada sikap yang perlu diperhati..ada hati yang perlu disentuhi..Alhamdulillah ! Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui..

Hakikatnya..BINGKAS amat berkesan..pada diri dan pendirian..kerana melatih diri secara berterusan.. komitmen menjadi tuntutan..sabar menjadi makanan..siap sedia menjadi kekuatan.. sentiasa mendepani cabaran.. segalanya menguji kematangan.. segalanya menganugerahkan kebijaksanaan..sesungguhnya hidup sentiasa menjanjikan sesuatu yang indah jika kita mahukan.. sesuatu yang positif jika itu yang kita dambakan dan sesuatu yang berharga jika kita membuka perasaan.. :) 

Monday, April 18, 2011

EPISOD JELUTONG

Maka tamatlah episod BINGKAS Jelutong Pulau Pinang. Umpama telemovie gayanya. Ada suka ada duka. Ada manis ada kelat. Ada sedih ada bahagia. Ada marah ada gembira. Agak berbeza sedikit pengalaman di sini. Bukan berbeza tetapi tambahan pengalaman sebenarnya. Ketika ‘ia’ terjadi .. terasa gempita di jiwa. Tetapi apabila melepasi episod itu.. terasa seperti  ada sesuatu yang telah dipelajari... 

Jam 9.30pagi tadi..Alang dah dapat panggilan dari Cikgu Salina Kaunselor Jelutong “terima kasih Cik Zakiah.. budak-budak semua suka..diaorang bersemangat datang sekolah hari ni”.  Terus hati ini rasa berbunga..rasanya perasaan berbunga itu turut boleh dirasai oleh sesiapa sahaja yang menjayakannya..jika mendengarnya..  Bila perbualan ditamatkan.. tiba-tiba .. OucH ! bunga itu..bunga berduri rupanya..tergores ! terhiris ! tertikam ! Aduuuhhhh...

Tika hati ini berdarah akibat goresan, hirisan dan tikaman itu.. Alang terbaca kisah Nabi Sulaiman bin Daud as. Suatu hari baginda berkata kepada manusia dan jin.. “Keluarlah !”. Maka keluarlah dua ratus ribu manusia dan dua ratus ribu jin. Lalu baginda naik ke atas sehingga mendengar gemuruh tasbih dari malaikat di langit. Kemudian baginda turun hingga kakinya menyentuh lautan. Tika itu baginda mendengar satu suara ‘Jika di hati teman mu ada kesombongan walau sebesar zarah.. akan Ku lempar lebih jauh dari apa yang Ku angkat dia’ 

Bila cerita ini Alang terbaca.. Alang rasa semacam.. mula-mula terfikir tentang ‘episod jelutong’. Tetapi di hujung fikir itu.. takut pula bersarang di hati.. janganlah sesekali aku sombong..janganlah sesekali aku riak dan bongkak.. Ya Allah.. segala-galanya adalah milik Mu.. Ampun Ya Allah..

Allah SAW yang Maha Kaya dan Dialah Yang Memiliki Segala-galanya turut mempersendakan orang-orang yang sombong. FirmanNya dalam Surah Al-Isra’ ayat 37 ‘ Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi dan engkau tidak akan dapat menyamai ketinggian gunung-ganang ’.

Sahabat.. tak ke mana pun kita kalau kita sombong kan ? kita nak ke mana ? kaki tetap memijak bumi walau setinggi mana kita terbang di langit. Langit tetap memayungi walau jauh kita pergi. Siang dan malam tetap bersilih ganti tanpa kita mentadbirnya. Udara tetap kita dambakan walau kadangkala kita menahannya.  Jantung akan terus mengepam tanpa boleh kita mengawalnya. Darah akan terus mengalir tanpa kita menyedarinya.

Apalah yang mahu kita sombongkan..tak hebat mana pun kita..yang hebat adalah Allah. Tak bagus mana pun kita.. yang bagus adalah Allah. Tak bijak mana pun kita..Yang bijak itu adalah Allah. Tak lebih mana pun kita.. yang lebih itu adalah milik Allah. Tak berkuasa mana pun kita..yang berkuasa itu adalah Allah.

Bayangkan sahabat.. jika segala yang kita sombongkan..rasa hebat..rasa bagus.. rasa bijak.. rasa lebih.. rasa ada kuasa..ditarik oleh Allah ? Tanpa surat pemberitahuan.. tanpa waran.. tanpa siren?  Apa lagi yang kita ada ? Apa lagi yang boleh kita sombongkan ?.. tiada apa-apa sahabat.. tiada apa-apa yang tinggal..hanya tubuh yang tiada makna..itu pun pemberian Allah. Jadi apa yang tinggal pada kita ? tika itu barulah kita tahu.. betapa kecilnya kita berbanding ciptaan-ciptaan Nya di muka bumi. Betapa kecilnya kita berbanding kelebihan-kelebihan yang Allah anugerahkan kepada manusia-manusia yang lain. Betapa sungguh kecil sekecil kecilnya  kita berbanding dunia yang besar sebesar besarnya dan langit yang luas seluas luasnya. Kita tiada apa sahabat..jika Allah tidak menganugerahkannya. Kita tiada makna di muka bumi ini sahabat.. jika Allah tidak izinkan hidup kita bermakna. Kita tiada di bumi ini sahabat..jika Allah menetapkan inilah hari, inilah tempatnya, inilah masanya..kita akan dicabut nyawa. 

Astaghrafirullahala'zimm.. Astaghrafirullahala'zimm.. Astaghrafirullahala'zimm..Semoga Allah mengampuni segala ketelanjuran kita sahabat..

‘ Wahai orang yang sombong keterlaluan.. kita adalah  selonggok tanah.. kehidupan ini hanyalah permainan.. setiap langkah menuju kematian..’ Syair Zun Nun Al Misri

Wednesday, April 6, 2011

SESUATU YANG HEBAT

Alang dijemput sebagai penceramah di sebuah program. Ramai yang hadir.  Seperti biasa..sebelum Alang memulakan sesi. Alang akan berusaha melihat semua orang. Merenung  mata mereka. Melihat raut wajah mereka.  Rasa keyakinan datang selepas merasai bahawa mereka sedang ternanti-nanti apa yang ingin Alang katakan. Jika ada wajah yang seperti ‘bersedia menolak’ apa sahaja yang akan Alang katakan. Alang kuatkan jiwa.. ‘kau ! tunggu !  aku akan pastikan kau akan melopong sebentar lagi ! ha ha ha ha !”. eeee… tak baik tul perasaan tu kan.. :p LAHAULAWALAQUWATAILLABILLAHIL’ALI YUL’AZIM. Alang tarik nafas dalam-dalam. Ceramah dimulakan.. sedang Alang bercakap.. anak mata ini terpandang 2 orang peserta yang duduk di sebelah kanan dewan. Dalam hati Alang terdetik..macam pernah ku lihat..tetapi di mana ya ?.. seorang perempuan yang agak berusia tetapi bergaya dan seorang lelaki yang masih muda tetapi berjambang kemas. Anak mata ini kerap beralih ke arah mereka. Kadang kala kelihatan mereka mengangguk-angguk dan berbincang seketika. Selesai sahaja ceramah..Alang menutup lap top dan mula mengemas dan menyimpan yang sepatutnya. “puan.. Yang Amat Mulia Sultanah nak jumpa puan..” Suara pegawai bertugas singgah di telinga dan terus menyentak jantung. “ha ! Sultanah ?” “ Ya…Yang Mulia Sultanah Johor dan Putera Mahkotanya “ ibu jari pegawai itu lurus menunjuk  ke arah sudut kanan dewan. Terpaku Alang memandang 2 peserta di hadapan Alang. Bagai terkena genjatan letrik bila mata mereka memandang Alang dan menguntum senyum. Mereka itulah yang Alang perhatikan sejak tadi ! Ya Allah.. memang mereka pernah ku lihat ! “ Mari puan..” Pegawai itu menunjukkan jalan. jantung ni dah nak meletup, mata ni dah berpinar-pinar, kaki ini telah mula menggeletar.  Tiba-tiba kaki Alang  tersadung sesuatu. Alang jatuh dan terduduk !
 Mata Alang terkelip-kelip. Alang memang betul-betul terduduk. Tetapi di atas katil bukan di lantai dewan. Sebesar-besar dewan tadi dah bertukar menjadi sekecil-kecil bilik. Seramai-ramai orang tadi dah hanya tinggal Alang seorang. Senyuman Sultanah dan Putera Mahkotanya bagai perlahan-lahan meresap di dinding. Mmm..Mimpi.. Alang tersenyum.. mimpi jenis ape lak ni… mmm.. tapi orang kata.. kalau mimpi bertemu raja dan kerabat.. kita akan dapat sesuatu yang hebat !.. mmm….dapat apa ek ? mmm.. eh ! eh ! x boleh fikir macam tu.. kalau percaya … isH ! jangan la percaya ! suka-suka pun tak boleh !  NAUZUBILLAHIMINZALIK !
Dalam-dalam tak nak fikir.. kerap juga senyuman Sultanah dan Tengku Mahkota menjengah ingatan. Seronok juge.. hehehe..

........
Selang 3 hari selepas itu Alang memandu ke Kukup Pontian untuk BINGKAS Ken Boon Johor. Memandu seperti  biasa.. singgah di R & R Pagoh..tujuan utama.. isi angin tayar dan beli kuaci untuk dikudap..makan kuaci adalah terapi tidak mengantuk yang berkesan ! jam menunjukkan pukul 12.30 tghr.. kira-kiranya akan sampai di kukup jam 2.00ptg. Insyaallah. Gear diletak di D. CBP tidak bergerak. Mata cepat beralih ke hand break. Hand break telah diturunkan. Pedal minyak ditekan. Mengauuuummm CBP. Kenapa ? Gear diletak di R pula..terhinggut hinggut CBP mengikut arahan. Aduuuhhhh... Gear diletak di D semula. CBP tak mahu bergerak ! Diletak di 2. Tak mahu bergerak ! Diletak di L. Tak mahu bergerak ! Diletak di R sekali lagi. Tak mahu bergerak !. CBP tak mahu ke mana-mana ! Ya Allah !
...........

Jam 7.00 mlm.. CBP baru mahu bergerak. Ia bergerak selepas ia mendapat GEAR BOX yang baharu ! Kos mencecah...dot dot dot.. Alang hanya mampu tersenyum tapi kelat. Kelat tapi ikhlas sebenarnya. Hakikatnya CBP memang berhak dapat.. sudah hampir 7 tahun ia mengerah kudrat dan sudah 225,000 km ia bergerak tanpa mengenal penat. Tafsiran mimpi memang tepat.  Apabila bertemu raja atau kerabat.. kita akan mendapat sesuatu yang HEBAT ! memang HEBAT ! ...Bagi pihak CBP  yang setia berkhidmat :)

Monday, March 21, 2011

CERITA PAUH 5

Alang bercerita tentang konsep syukur kepada peserta yang berjumlah 87 orang itu. Betapa mereka bertuah. Meski ibubapa bukan orang senang..tetapi mereka tidak perlu pergi bekerja selepas pulang dari sekolah. Meski ibubapa mereka garang dan kuat berleter tetapi mereka masih memperoleh wang saku setiap kali melangkah ke sekolah. Mereka perlu bersyukur kerana mereka tidak seperti seorang kanak-kanak seusia mereka di SK Seri Lagenda Langkawi.


Alang bertanya " siapa yang bekerja selepas pulang sekolah ?. Angkat tangan ". Alang memandang setiap mereka. Hampir semua mengeleng kepala. Sebahagiannya pula memandang-mandang rakan sekeliling "ada tak yang bekerja ?, ada tak yang macam kawan kita di Langkawi tu ?" sekali lagi Alang bertanya. Mata Alang tertumpu pada sekelompok peserta yang sedang mencuit-cuit seorang peserta yang bertubuh besar. Peserta itu mengeleng-ngeleng kepala, seboleh-boleh dia menundukkan kepalanya ..mukanya hampir-hampir mencecah lantai. Hati Alang terdetik..mungkinkah di sini ada juga yang bernasib malang tetapi tetap gigih berjuang ? 


"Irfan (bukan nama sebenar), Irfan kerja ke ?" Alang bertanya. Rakan-rakan yang duduk di sekitarnya mengangguk-nganguk kepala mengiyakan. Kepala Irfan hampir-hampir tak kelihatan ketika itu. "Irfan.. meh sini.." Alang memanggilnya ke hadapan. Seikhlasnya..sejujurnya agar dia kehadapan dan boleh menjadi contoh kepada rakan-rakan. Rakan-rakan tak henti-henti mencuitnya, mendesak dia bangun dan  kehadapan. Lama-lama kepalanya diangkat dan matanya memandang kehadapan. Alang senyum dan melambai. Dia bangun lambat dan berjalan kehadapan dengan gaya dipaksa.


Apabila dia sampai di hadapan."Irfan kerja ya ?". Alang bertanya dengan nada perlahan..risau jika menggunakan pembesar suara, Irfan malu untuk bercerita. Kanak-kanak itu mengangguk perlahan. "Irfan kerja apa ?" Alang bertanya lagi. "Cuci rumoh" katanya dalam loghat kelate. "Cuci rumah orang? sorang-sorang ?" soalan ditanya lagi. "dok..ikut pak sedaro" Jawabnya.."mmm.. pak saudara ada syarikat bersih-bersih rumah ya ?" Alang inginkan kepastian. Dia mengangguk. "ooo.. setiap hari ?" Alang tanya lagi. " satu rumoh satu hari" dia jawab. mmm..mungkin kerja ini dihadkan kerana dia perlu menyiapkan tugasan sekolah. Alang berfikir. "mmm..upah dapat berapa ?"Alang cuba mengorek lagi. " tigo ria " dia menjawab..lagi perlahan bunyinya hampir tak didengari.

Sebak Alang dibuatnya. Rupa-rupanya bukan Eisya seorang yang ditakdirkan hidup dalam kemiskinan. Di sini pun ada yang mempunyai latar kesusahan yang sama. Tidak terbayang bagaimana mereka berdua menjalani kehidupan harian..pasti mereka teringin bermain bola, tetapi dipadam cepat-cepat dalam ingatan. pasti mereka teringin bermain pondok-pondok, tetapi terus rasa itu ditahan. Pasti mereka teringin menunggang basikal mengelilingi kampung, tetapi hajat itu ditunda. Pasti mereka teringin ke kedai runcit dan berkongsi makanan ringan bersama rakan-rakan, tetapi keinginan itu ditutup rapat. Mereka tidak mampu..mereka tiada masa..mereka terpaksa mengutamakan sesuatu yang tidak sepatutnya diutamakan. Mereka melakukan sesuatu yang kanak-kanak lain tidak mahu lakukan. Mereka melaksana amanah yang hakikatnya berat untuk ditanggung oleh jiwa seorang kanak-kanak. Kasihan..


Sebak di dada Alang bagai mengelukan lidah untuk terus berkata-kata. Air mata hampir menitik. Aduuuhh.. Ya Allah tolong laaa... aku tak mau menangis.. tak mau terbawa-bawa dengan kisah 2 kanak-kanak yang tabah ini. Mereka telah melaluinya dan itulah rutinnya.. dan cerita mereka ini harus dicontohi oleh rakan-rakan yang lain. Wajar diambil ikhtibar.Sesungguhnya untuk semua..kehidupan ini wajar disyukuri dan dihargai.

Alang memandang Irfan yang telah kembali duduk di tempatnya..Semoga Allah memudahkan segala urusannya. " Ok.. adik-adik..lihat Irfan..terpaksa bekerja..dapat upah.. dan dengan upah itu dia buat belanja di sekolah " Alang cuba menyusun ayat dan menuturkannya baik-baik..Alang nampak Irfan tersenyum-senyum. Alang nampak peserta yang mencuit-cuitnya tadi pun tersenyum-senyum juga.

"Kenapa senyum ?" Alang pelik sebenarnya. " Dio buke buak belanjo sekoloh..dio p CC " jawab salah seorang peserta sambil ketawa. Air mata Alang yang hampir menitik tadi bagai terus tersejat. Lidah Alang yang kelu tadi serta merta hilang kelunya. Sebak di dada Alang tadi bagai terus terbang  dan hilang... " duit upah tu Irfan buat apa ?" Alang bertanya. Irfan senyum-senyum malu. "Dio maing game". Mencelah suara salah seorang rakannya. Irfan terus tersenyum lebar..merah mukanya. Rakan-rakan lain terus terusan ketawa. Irfan..Irfan.. Alang cuba mengawal suasana walau terasa ingin ketawa. Bukan pada Irfan tapi pada diri Alang sendiri...

"ha.. tengok Irfan nak main game pun cari duit sendiri.. kamu semua pergi main game guna duit mak, ayah dan penjaga kamu.. betul tak ? " .. " betuuul !!! " Semua peserta menyahut. " jadi siapa yang bagus di sini ? Irfan ke kamu ?" .. " Irfaaaan !!!" Semua peserta menjawab serentak. " Irfan pula.. lebih baik duit upah itu disimpan.. masuk tabung..duit tu nanti boleh beli buku..boleh ganti alatulis yang dah lama..yang dah rosak..betul tak ?" Irfan mengangguk ngangguk sambil menundukkan kepalanya kembali.

Alang tersenyum melihat wajah-wajah suci di hadapan.. tulus dan telus..

Senyum Alang bertukar menjadi sengeh pula..bila membayangkan wajah Alang sebentar tadi.. emosi tanpa isi. Sebak tanpa sebab. Kelu tanpa tahu. :p

Tuesday, March 15, 2011

CERITA LANGKAWI..

BINGKAS di Langkawi sudah berakhir. mmm.. meskipun dah berakhir. alang masih terbayang-bayang wajah seorang peserta tahun 5..bulat mukanya, hitam manis orangnya, nampak cerdik, nampak tenang, tak pernah nampak dia ketawa berdekah-dekah, bila ada yang buat lawak, dia hanya mengulum senyum...comel.

Teringat pada pagi kedua BINGKAS, Cikgu Zahir jumpa alang. "ya cikgu.." alang duduk berhadapan dengannya. "Puan tengok peserta tu ?" Jari telunjuk cikgu lurus menunjuk kehadapan. "budak yang pakai tudung hitam tu ?" Alang ingin pastikan, dalam hati ni dah terdetik, mesti ada sesuatu yang ingin dikongsi. "ha..yang kecik tu" Cikgu mengukuhkan lagi jawapan. "nampak..". "kesian dia puan..". "kenapa dengan dia ?". "budak tu.. lepas je waktu sekolah..terus dia p rumah orang.. kerja.." "ha !" bekerja ? terperanjat alang dibuatnya, alang pandang budak tu sekali lagi. " dia ambik upah basuh kain, basuh pinggan, jaga budak, nyapu sampah, lipat kain.. macam-macam laa.." Cikgu Zahir bercerita. " Dia ada ayah ?  " alang tanya . "ada.. kerja laut.. berapa sangat la dapat, mak dia pun kerja juga.. ambik upah gak kot, entah laa.. saya tak pasti yang tu.. tapi dia memang miskin". Alang pandang budak tu untuk kali ketiga..dia menyuap karipap. Berderai kulit karipap, cepat-cepat dia bersihkan mulutnya, mengutip sisa karipap di lantai dan terus letak di telapak tangan. Alahai... " tapi dia cerdik puan.. kerja sekolah semua siap..sampai cikgu-cikgu jadikan dia model pada budak-budak yang tak siap kerja sekolah.. kenapa dia bekerja pun bleh siap kerja sekolah ? mengapa kamu tak siap ?" .

Terbayang-bayang wajah dia. seorang kanak-kanak yang tak seperti kanak-kanak seusianya. ketika kawan-kawan merancang ingin bermain 'apa' selepas pulang dari sekolah. Dia sudah ada perancangan untuk ke rumah siapa untuk bekerja. Ketika kawan-kawan lain sedang seronok bermain. Dia pula sedang bertungkus lumus menyempurnakan tugas yang diberi. Sedang kawan-kawan lain pulang ke rumah dengan senyum kepuasan selepas bermain. Dia juga pulang ke rumah dengan senyum kepuasan sambil menggenggam upah di tangan...

Alahaii... :[

Thursday, March 3, 2011

Dialog ; Kita Pilihan Allah..

Bak kate Hj.Hushim 25hb yang lepas.. kita ini adalah pilihan Allah. 

Pilihan Allah ? eH ! biar betul !
memang la betul...nape x caya ? 
bukan tak caya..tapi..betul ke ? 
Yo laa..abis kau ingat cara Allah pilih tu.. macam cikgu lantik ketua kelas masa zaman kita sekolah sekolah ke ?
 Oooo..
Allah x wat camtu.. Allah gerakkan hati kita..
mmmm..tapi nape lak Allah pilih kita ? 
Allah pilih kita.. sebab Allah yang jadikan kita..so..Dia tau laa.siapa kita..baik buruk kita.. lemah kuat kita..
Orang lain ? Allah x pilih ?
Orang lain ? apalak x da..ada...tuuuuu.. kau x nampak ?
Mane ?
tuuuuuuuuuuuuuuuuu...
Mane ?
Lailahaillallahhh...Yang tengah baca tu la...
Oooooooooooooooo... :)  haii kawan ! 
Eh ! jadi kita ni baik la ye ?
Insyaallah..semoga kita sentiasa baik.. dan yang paling penting.. di akhir hidup kita nanti..kita tetap baik..
Takutnya.. kalau akhir nanti..kita tak baik kan..
Mesti la takut..sebab kita tak tahu apa yang akan jadi pada kita..apa sebenarnya yang dah tertulis di luh mahfuz..apa akan berlaku pada kita esok..lusa..tulat..minggu depan..tahun depan.. eeeee...seram plak !
Eh ! jangan la cakap camtu.. buat aku takut je..
errr..kau takut mati ke ?
Apa tak ! dok sorang-sorang dalam kubur..gelap gelita..sempit..xde sape-sape..Ish ! dah la aku ni banyak dosa ! entah ape laa azab Allah nanti..eeee...
Mmm...aku pun banyak dosa gak...
Agaknya tu sebab laa.. Allah pilih kita jadi sukarelawan kan ?
Nape ?
Ye laa..dengan apa yang kita buat sekarang..InsyaAllah.. Allah sebenarnya bagi peluang kat kita tambah pahala.. wat amal jariah.. berkongsi ilmu yang bermanfaat..
Betul ! betul ! itu akan jadi salah satu bekalan kita nanti .. bekalan pahala berterusan tu.. sampai kita mati..dalam kubur..sampai kita dibangkitkan di padang mahsyar..
Lebih-lebih lagi wat masa ni kita memang xde anak.. camne nak dapat doa anak yang soleh ! anak tekak, anak mata, anak jari, anak tudung ade laa.. :p
Alhamdulillah.. Allah pilih kita kan.. Allah gerakkan hati kita.. Allah maha tahu apa yang kita perlukan.. Allah juga maha tahu apa yang perlu kita lengkapkan sebelum mati..
Mmmm... makna nya Allah memang sayangkan kita.. :)
Jadi.. x patut laa kan.. kalau kita x dengar cakap Dia, melawan perintah Dia, sangka buruk ngan Dia..
Eh ! kau dah sembahyang ?
Lum.
Jom la sembahyang dulu..eeee...tak tau jap g jadi ape kat kite...
eee..jom ! jom ! 
Tu yang tengah baca tu..dah sembahyang ?



Monday, February 21, 2011

kawan baik

Bersama dengan kawan-kawan yang baik.. insyaallah kita akan jadi baik. Kalau kita tak baik pun..sengkurang-kurangnye.. kita pura-pura baik. Harap-harap dengan pura-pura jadi baik, ia boleh latih diri kita tuk jadi baik macam kawan-kawan yang baik. Harap-harap dengan buat baik, ia akan tutup selera kita nak buat tak baik. Malu tak buat baik..sebab kawan-kawan semua baik. Malu nak buat jahat.. sebab kawan-kawan yang baik tak buat jahat. Malu nak buat tak tau dengan orang-orang susah..sebab semua kawan-kawan bersusah-susah tolong orang susah.. : )

Thursday, February 17, 2011

menjadi pacat..

Sebelum bertolak ke Penang..singgah rumah abah dulu di alor star. hantar tam. mama dah sediakan laksa..ada durian lak tu.. WOW ! punye laa pulun.. sedap. pas makan terus bangun.. nak gerak. "mmmm.. macam pacat" mama bersuara. hahahahaha.. 'PACAT'..ayat yang sama keluar dari mulut  Makcik Jah di pulau tuba tadi, dia menyediakan hidangan tengahari untuk kami dan selepas kami makan.. terus kami bersiap-siap untuk menaiki bot ke Pulau Langkawi. "patutnya.. hangpa ni..mai sini.. tidoq laa.. ni dok kalut nak balik..nasi tak turun pun lagi.. macam pacat ! " kami gelak.. harap dia seloroh..bukan sindir. heee...

Istilah 'pacat' ni.. alang dah dengar pada 2009 ketika SALAM mengadakan program di Kg. Mat Daling Hulu Tembeling Pahang. Kami sentiasa diraikan oleh penduduk kampung. Suatu hari tu.. kami berkelah bersama keluarga-keluarga angkat di sebuah air terjun. macam-macam makanan disediakan. siap bertukar-tukar juadah..Nasi putih, nasi lemak, mee hoon, mee sup, kari ayam, landak masak lemak, gulai rusa, ikan kelah goreng...Seperti biasa.. kami ni  pulun laa makan...siapa yang nak lepaskan peluang ni kan. lagi pun bukan senang nak makan makanan-makanan yang susah nak dapat nih (kalau laa..perhilitan tau..huhuhu ).  eerrrkkkk ! kenyang.

Alang ni pun.. sengaja laa.. berbasa basi.. " seronok laa.. dok sini..kenyang je perut" ..."mmmm..kenyang.. kenyang jugak.. tapi jangan jadi macam pacat" kata seorang pakcik. Alang tak faham sebenarnya..tanya la balik "pacat?" .. "biasalahh.. sapa-sapa je datang sini.. cakap seronok laa.. nak datang balik laa.. tapi bila balik je .. terus hilang.. dah tak de kabar berita..tepon pun tidak ! " OOPPPS ! sungguh tajam tul sindiran pakcik  ni.. alang pandang muka pakcik tu..harap-harap dia gurau. tapi tiada senyuman pun.. muka dia selamba je...adooooiiii..  "mmmmm.. ye pakcik.. ye pakcik.. insyaallah tak jadi pacat.. lepas kami balik esok.. kami akan datang balik" alang try cover.. sebenarnya.. adoooiii.. hati ini bagai dipanah HALILINTAR.. aaaaagggggggggggggghhhhh ! sungguh kejam pakcik itu selamba mem"fire".

Malam ni.. alang dok terfikir.. rasa2nye.. alang dah jadi PACAT ... memang patut pun di fire dulu.. huhuhuhu


MORALNYA : kalau kita rasa.. kita dah start jadi pacat.. p laa tepon orang-orang yang penat mengangkat kita dulu..

Tuesday, February 15, 2011

menjadi seorang lagenda..

“ Lepas aja BINGKAS.. budak-budak semua bingkas !” Dua kali ayat itu diulang oleh Cikgu Izhar, Guru Besar SK Lagenda Langkawi. Keputusan periksa naik mendadak. Pencapaian Bahasa Malaysia, Sains, Matematik semuanya 90% ke atas. “Hari-hari budak-budak berkumpul di sekolah lepas waktu sekolah, tunggu ada kelas tambahan tak ? Mereka sanggup pulang ke rumah hanya untuk makan dan datang semula ke sekolah”. Atas kesungguhan itu..atas semangat itu..murid-murid yang tak pandai membaca diletakkan dalam pengawasan penuh. Mereka tidur di rumah guru yang kosong. 6 orang tinggal di situ sehingga hari peperiksaan. Hasilnya.. pelajar yang tak pandai membaca tu.. boleh dapat C dalam Bahasa Inggeris !. " Alhamdulillah .."

Syukur aku mendengarnya. Sebak..air mata ni nak menitik sebenarnya. ku tahan..kutahan. beberapa kali air liur ditelan. "Saya dapat rasakan.. semangat budak-budak ni bermula dari BINGKAS !"

Besar sungguh pengiktirafan yang diberikan oleh cikgu. tak terkata.. tak tersusun kata-kata untuk membalas pujiannya. Hanya ucapan ..Alhamdulillah..Alhamdulillah.. Alhamdulillah Ya Allah. Apa yang kami semua usahakan, sama ada di pihak sekolah yang mengusahakan, di pihak SALAM yang menguruskan, di pihak sukarelawan yang menggerakkan, di pihak CIMB yang memberi tajaan..telah berhasil. Hasil yang sangat baik. Hasil yang cukup menjadi semangat kepada aku dan rakan-rakan untuk terus menyumbang selagi ada ruang yang diizinkan Allah.

"Awak tahu.. walaupun gred pencapaian kami tidak bagus.. tapi saya cukup puas hati. Peratus keseluruhan jika dikira puratanya.. SK Seri Lagenda telah memotong kedudukan 736 buah sekolah,  sebelum ini.. kejayaan ini tak pernah dicapai "

Alhamdulillah... Ya Allah..

Alhamdulillah..