Semalam perjalanan diteruskan dari Kota Bharu Kelantan menuju ke Sungai Petani Kedah. Habis sahaja bermesyuarat, terus menuju ke Alor Star. Tup-tup teringat pada seorang rakan yang berasal dari Sg.Petani. Terus call. " tak berapa clear la lang.." berkali-kali ayat itu keluar dari mulutnya. " mmm.. memang laa.. line sg.petani memang tak clear pun.. ha ha ha ha " memang aku suka menyakat.."oooo... cakap baik sikit haaa lang.. telefon alang tu yang kena tukar" melompat si yani..sempat plak dia mengutuk. ha ha ha ha..memang aku tak kisah pun..lebih baik tepon nih..tahan lasak. Jatuh dah nak 800 kali, tapi still mantain..awet muda dan kekal gagah perkasa :). Alasan.. ke tak ada duit ? ha ha ha..
" Alang, Yus nak cakap ". "ok" seorang lagi rakan yang menyanyi persis jiran siti nurhaliza.. huhuhuhu.."Eh ! korang kat SALAM lagi ?" mataku memandang jam, pukul enam petang. " a'aa..dari pagi tadi.. pilih2 barang untuk charity sale, set kan barang-barang makanan yang nak bawak p kuantan minggu depan, p program rohingya kat selayang kejap tadi, ni balik dari rohingya nak sambung mana-mana yang tak settle".
"ish..ish..ish..menitik air mata alang dengar nih" ayat standart. "kitaorang pun dah menitik air mata berkali-kali dah...muka pun dah macam apa dah..".. alahai.. kesiannn.. "ramai ke ?" tanya ku "k.yana, k.ash,a.j, kawan2 a.j yang 3 orang tuu..ramai jugak la.." Alhamdulillah..tapi macammana laa.. muka diaorang kan..dari pagi menguruskan 3 program !. ke sana.. kesini.. agaknya..waktu pagi senyum mereka.. senyum meleret. petang senyum mereka senyum melarat ( dah x larat ). pagi..gerak mereka..gerak yang penuh semangat. petang.. gerak mereka ..agaknya dah macam x leh bergerak. Kasihannn...
Semoga jasa dan bakti mereka mendapat tempat di sisi Allah. Semoga usaha mereka untuk memudahkan orang lain.. Allah akan mempermudahkan jalan hidup mereka. Semoga hidup mereka yang tidak putus memikirkan cara membantu orang lain, Allah akan menghantar sesiapa sahaja yang akan memikirkan bagaimana untuk membantu mereka jika mereka dirundung ujian dari Allah... Semoga Rahmat & Berkat Allah menjadi milik mereka... aminnn..
Monday, February 14, 2011
Saturday, February 12, 2011
sorang budak india ( betul-betul punya)
Perjalanan diteruskan..sudah setengah jam melepasi Bandar Raub menuju ke Lipis. trafik agak perlahan...lebih 10 buah kenderaan di depan bergerak 30km/jam dan kerap membrek. kenapa ye ? sayup-sayup kelihatan ada objek di atas jalan. 'ooh ! kemalangan..' 2 buah motor tergolek di tengah jalan. kelihatan seorang lelaki terkial-kial bangun.. mengalihkan motornya. manakala seorang lagi..masih bertopi keledar berteleku di tepi motornya yang dah bersepai di bahagian depan sambil memeluk lutut. Masih ditengah jalan !. satu-satu kenderaan melepasinya tanpa berhenti ! tanpa membantu ! heeiiii... kenapa tak berhenti ! dari jauh kulihat yang bertopi keledar itu mengensot-ngensot ke tepi jalan..sakit kelihatannya. 'ada tak yang berhenti.. ada tak.. Ya Allah..' aku dah tak senang duduk. 'ada tak orang berenti lang ?' tanya si su. 'entah..' jawabku sepatah..mataku tak lepas memandang setiap kenderaan di depan yang sememangnya perlahan..berusaha mengelak motor yang bersepai..mengelak mangsa yang bertopi keledar.. dan terus memecut laju. 'kita turun tak lang ?' su tanya lagi..sambil menanggalkan tali pinggang keledarnya 'harap-harap ada orang tolong..' kataku serba salah. macam-macam persoalan dalam fikiran.. macam-macam akibat yang kubayangkan apabila hanya kami yang turun membantu. kami perempuan, tempat ini bukan tempat yang biasa kami lalui, lokasi agak terpencil, kiri kanan hutan getah. kes-kes orang yang membantu akhirnya 'meminta bantuan' kerap berlaku.. aduuuiiii..macammana ni. kenapa laaa.. tiada siapa yang berhenti..
Tup-tup sebuah Hyundai Matrix berhenti. Alhamdulillahhh..legaa.. CBPku semakin hampir..semakin jelas mangsa yang duduk di tepi jalan, seorang budak perempuan india yang berumur seawal 20an..giliranku mengelak motor yang bersepai..dan terus melepasi mangsa..Melalui cermin pandang belakang.. kulihat pemandu hyundai matrix masih tidak keluar dari kenderaannya..dan kenderaan lain masih tidak berhenti..
Sepanjang perjalanan semalam.. tak berhenti fikiran ini membayangkan wajah adik india itu. tak berhenti juga fikiranku berfikir.. kenapa orang lain tak berhenti.. tak berhenti juga hati ini..mengutuk diri sendiri kenapa aku menjadi orang yang mementingkan diri... :(

Friday, February 11, 2011
sorang budak india..
Kita tinggalkan dulu cerita budak yang berjaya 'menarik' kawan-kawannya itu .. ( macam cerita indon.. panjang episodnya.. huhuhu )
ada cerita lain..
Perjalanan dari PJ ke Kota Bharu semalam..adalah perjalanan yang biasa2 saje..kelajuan 80km-100km/jam..kerap juga jadi 40Km/jam bila membuntuti lori. kadangkala sedikit berlumba dengan kereta atau lori. Kita overtake dia. Dia overtake kita. Dan perkara itu berulang2. ha ha ha..'komunikasi' tanpa suara yang boleh elakkan mengantuk. Tapi gaya 'komunikasi' ini jangan melampau..hingga susahkan orang-orang lain atau membahayakan diri sendiri. jika kelihatan 'komunikasi' ini boleh menggelapkan masa depan. Berundurlah dari gelanggang itu.. biarlah mereka ber'komunikasi' sendiri atau memilih teman 'komunikasi' yang lain. :). Tidak rugi apa pun..
Ops ! ini macam ad cubaan lari dari tajuk ni..heheheeh..
sudah 2 jam perjalanan. si su di sebelah..tiba-tiba senyap. mmmm.. tido la tu. lebih baik dia tido drpd dia berusaha untuk bercakap. tapi.. pilihan perkataannya sudah tidak tepat. contoh.. di depan kami ada sebuah MPV, cantik birunya. 'eeeeee... cantik laa biru tu.. cantik lagi dari biru yang saya sayang' ha hahahaha... pecah gelak di situ. Dia sayang biru ? apa kaitan biru dengan dia ? adakah biru juga menyayanginya ? adakah dia perasan dan hanya bertepuk sebelah tangan ? atau..memang mereka ada hubungan ? ha ha hahahah..
Eh ! ini cubaan lari dari tajuk lagi... heeee.. xpe la ye.. dah nak p meeting ni..bersambunggggg...

Wednesday, February 9, 2011
ada cerita lagi..
dalam perjalanan tinggalkan semua..si yang nak jadi pengantin tu.. tak berenti berfikir.. berfikir..dan berfikir.. ngape laaa..kawan-kawan buat dia camtu..x bagi dia jadi pengantin, dia x layak ke ? dia x cantik ke ? tapi.. kawan-kawan ke diaorang ? kalau diaorang kawan.. diaorang tak kan buat camtu..diaorang takkan gelakkan dia ramai2...dan.. biarkan dia sorang diri.. tak panggil pun.. jauh sekali nak cari... aduuhhh.... macam-macam dalam fikiran si nak jadi pengantin itu.. jauh dia jalan..umpama nak tinggalkan segalanya jauh-jauh.. dah taknak berkawan.. cebik mulutnya..kembang kempis hidungnya. kepala digaru-garu..tangan pun digaru-garu..perut pun digaru juge.. ish ! serba tak kena..kepalanya dah penat berfikir..kakinya dah penat melangkah.
Tiba-tiba.
" ha ! itu pun dia ! puas mak panggil, pegi angkatkan gula yang mak jemur tu !" Aduhhh !.. tak sedar pun, kakinya membawa dia pulang ke rumah. 'Aduuuh lagi', bila dia kena angkat gula di jemuran. " Yang tercegat tu kenapa ?" suara bak halilintar itu menerjah terus di cuping telinganya."aa..aa..aa". Terkocoh-kocoh dia. "ish!". Matanya terpaku melihat bala tentera semut merompak butir-butir gula di depan waris tuannya. Ada sebutir gula dibawa oleh dua ekor semut. Berat agaknya. Mungkin diaekor kawan baik, memang kena kerjasama pun. mmm.. tak macam kawan2 dia..tak ada semangat setiakawan. 'Setiakawin' adalah !. Muncung bibirnya. Sakit hatinya. Kalaulah semut-semut ni jadi kawan dia. Kan best !. Dia senyum simpul. Gayanya macam 2 ekor semut tu bersetuju.
'Eh ! Eh ! kenapa plak semut tu lari tiba-tiba ?', kenapa dia tinggalkan kawan dia ?, looo.. dia gi tolong semut-semut lain angkat butir gula yang lagi besar'. Terhegeh-hegeh laa.. semut yang sekor tu angkat butir gulanya. tiba-tiba semut yang sekor tu berenti.. x larat kot. agaknya..melepaskan lelah. atau memang semut tu lelah ! ish! ish! ish!. Tak patut..tak patut betul semut tu tinggalkan kawan dia yang lelah .. kenapa dia tinggalkan kawan dia tu ?.. 'Gula tu lagi besar. lagi menguntungkan.lagi tahan lama' jawabnya sendiri. memang itu hujah yang kukuh. Faedah itu membuatkan butir gula yang besar lebih menarik untuk dilarikan. Yang lebih menarik akan diraikan. Yang lebih menarik akan dikongsi. Yang lebih menarik akan diutamakan.
Mmmmm.... agaknya sebab dia tidak ada sesuatu yang menarik, jadi kawan-kawan tidak mengendahkannya. Tiada apa yang menarik untuk dikongsi. Dirai. Dipilih dan diutamakan. 'apa yang menarik ?' 'apa yang ada padanya ?'. Matanya meliar..dikecil-kecilkan matanya agar lebih fokus dalam pencarian.. Ha ! Senapang Kayu ! Senapang Kayu abang aku ! Berlari dia mendapatkan senapang kayu yang tersangkut di alang reban. Berlari juga dia mendapatkan terung pipit yang meriah berbuah dan hanya beberapa ela saja. Berlari dia membawa senapang dan terung pipit penuh dalam genggaman. Berlari menuju ke pohon rendang. Pohon rendang tempat rakannya yang lain bergumbira meraikan 'sesuatu yang menarik'. Nantikan ! Nantikan ! aku yang x layak jadi pengantin kerana tidak menarik ini akan membawa 'sesuatu yang menarik'. Dia berlari semakin laju.. semakin laju.. laju..dan laju dan laju.
Berbalam-balam kelihatan kawan-kawannya sibuk 'memasak' dan jadi 'mak andam'. Riuh rendah kedengarannya. Dia memperlahankan larian. Semakin hampir dengan kawan-kawannya.Semakin hampir.. "oii ! marilah ! kau pegi mana ?" terdengar suara si nonoi. Jelas tangan nonoi melambai-lambai ke arahnya. "tak nak la !" dia menolak. "habis kau nak p mana ?" tanya si sopam pula..sang pengantin yang dipuja. uueekkk ! "nak p tembak burung" katanya sambil menunjuk senapang dan terus membedek ke pohon kelapa yang baru dihinggapi sekumpulan Bayan. Terkejut bayan-bayan itu dan terus beterbangan..hijauuu di awan.Semua mata rakan-rakannya terbelalak. Dia 'control' senyum. Senyum bangga dalam hati. hehehehe.. "aku nak ikut !" Melompat si ucop. " aku pun !" jerit si leman. Senyum tak tertahan lagi. "boleh kita tembak angsa Tuk Mahat tak ? angsa-angsa tu jahat" tanya si nonoi yang telah sedia berdiri. "Boleh!" Sungguh yakin dia beri jawapan. Gaya YB berjanji bila menjelang pilihanraya.. heeee. Senyum dah sampai ke telinga "Nak juga la !". "Kita boleh tembak burung wak-wak kat paya rumah Tuk Senin kan ?" Entah sapa yang bercakap dia tak perasan. "Boleh !" jawabnya rambang. YB la katakan. YB (Yang Bersenapang). Lama-lama.. tinggal sopam je atas tikar mengkuang yang hanya tinggal separuh tu. 'pelangin anganku musnah' heehheee. Dia gelak dalam hati. Dia berjaya mengumpulkan kawannya. Dia membawa 'sesuatu yang menarik' dan kawan-kawannya tertarik. Senyum dia tak boleh nak surut. "Eh ! jom la !" Jerit entah suara sapa. "Jom ! Jom ! Jom !" Semua kaki melangkah tinggalkan 'rumah' pengantin. Matanya pandang sopam. Sopam masih duduk. Mulutnya cebik. Macam geram, macam tak puas hati. "tak nak la ! tu kan mainan budak laki". jerit sopam. "aalaaa.. kami tadi main pondok-pondok.. laki ape ?" jerit leman balik. "dah laa... jom!" Dia lambai pada sopam. Sopam buat-buat tak nampak. "tak nak sudahhhh... Jom la !" Leman bersuara lagi. "Ok la..Jom !" semua melangkah terus ke depan.. macam-macam imaginasi dalam kepala. Banyak agaknya hasil yang diaorang akan dapat menjelang petang. hehehe. 'Aku berjaya !' Bisiknya dalam hati. "tunngguuuuuu !" suara sopam kedengaran sayup.

Friday, January 28, 2011
ada cerita..
Sekumpulan kanak-kanak bermain pondok-pondok di bawah sepohon pokok yang rendang . macam-macam watak. macam-macam aksi dan gaya.kadang kala mengundang senyum dan tawa sang dewasa (mungkin terimbau kenangan lalu). kadangkala mengundang amarah sang ibu & bapa (habis segala daun pokok dipetik, dibuat prop. bersepah tanpa dikemas. siapa x marah ? ) "aku nak jadi pengantin ! nak jadi pengantin !".. "asyik kau je jadi pengantin..mana aci ?".."aci ? mana ada aci kat sini.. hahahaha"..muncung mulut si nak jadi pengantin itu..tak layakkah dia jadi pengantin ?. tak layakkah dia memainkan watak utama ?. tak layakkah dia jadi tumpuan?. salahkah ada penggiliran peranan ? kenapa hanya seorang saja mendominasi keadaan ? kesiannn dia. kecik hatinya. tawa rakan masih tak reda. lama-lama..kakinya melangkah meninggalkan semua...
Subscribe to:
Posts (Atom)