Monday, February 14, 2011

muka dah macam apa dah...

Semalam perjalanan diteruskan dari Kota Bharu Kelantan menuju ke Sungai Petani Kedah. Habis sahaja bermesyuarat, terus menuju ke Alor Star. Tup-tup teringat pada seorang rakan yang berasal dari Sg.Petani. Terus call. " tak berapa clear la lang.." berkali-kali ayat itu keluar dari mulutnya. " mmm.. memang laa.. line sg.petani memang tak clear pun.. ha ha ha ha " memang aku suka menyakat.."oooo... cakap baik sikit haaa lang.. telefon alang tu yang kena tukar" melompat si yani..sempat plak dia mengutuk.  ha ha ha ha..memang aku tak kisah pun..lebih baik tepon nih..tahan lasak. Jatuh dah nak 800 kali, tapi still mantain..awet muda dan kekal gagah perkasa :). Alasan.. ke tak ada duit ? ha ha ha..

" Alang, Yus nak cakap ". "ok" seorang lagi rakan yang menyanyi persis jiran siti nurhaliza.. huhuhuhu.."Eh ! korang kat SALAM lagi ?" mataku memandang jam, pukul enam petang. " a'aa..dari pagi tadi..  pilih2 barang untuk charity sale, set kan barang-barang makanan yang nak bawak p kuantan minggu depan, p program rohingya kat selayang kejap tadi, ni balik dari rohingya nak sambung mana-mana yang tak settle".

"ish..ish..ish..menitik air mata alang dengar nih" ayat standart. "kitaorang pun dah menitik air mata berkali-kali dah...muka pun dah macam apa dah..".. alahai.. kesiannn.. "ramai ke ?" tanya ku "k.yana, k.ash,a.j, kawan2 a.j yang 3 orang tuu..ramai jugak la.." Alhamdulillah..tapi macammana laa.. muka diaorang kan..dari pagi menguruskan 3 program !. ke sana.. kesini.. agaknya..waktu pagi senyum mereka.. senyum meleret. petang senyum mereka senyum melarat ( dah x larat ). pagi..gerak mereka..gerak yang penuh semangat. petang.. gerak mereka ..agaknya dah macam x leh bergerak. Kasihannn...

Semoga jasa dan bakti mereka mendapat tempat di sisi Allah. Semoga usaha mereka untuk memudahkan orang lain.. Allah akan mempermudahkan jalan hidup mereka. Semoga hidup mereka yang tidak putus memikirkan cara membantu orang lain, Allah akan menghantar sesiapa sahaja yang akan memikirkan bagaimana untuk membantu mereka jika mereka dirundung ujian dari Allah... Semoga Rahmat & Berkat Allah menjadi milik mereka... aminnn..

No comments:

Post a Comment