Wednesday, February 9, 2011

ada cerita lagi..

dalam perjalanan tinggalkan semua..si yang nak jadi pengantin tu.. tak berenti berfikir.. berfikir..dan berfikir.. ngape laaa..kawan-kawan buat dia camtu..x bagi dia jadi pengantin, dia x layak ke ? dia x cantik ke ? tapi.. kawan-kawan ke diaorang ? kalau diaorang kawan.. diaorang tak kan buat camtu..diaorang takkan gelakkan dia ramai2...dan.. biarkan dia sorang diri.. tak panggil pun.. jauh sekali nak cari... aduuhhh.... macam-macam dalam fikiran si nak jadi pengantin itu.. jauh dia jalan..umpama nak tinggalkan segalanya jauh-jauh.. dah  taknak berkawan.. cebik mulutnya..kembang kempis hidungnya. kepala digaru-garu..tangan pun digaru-garu..perut pun digaru juge.. ish ! serba tak kena..kepalanya dah penat berfikir..kakinya dah penat melangkah.

 Tiba-tiba.

" ha ! itu pun dia ! puas mak panggil, pegi angkatkan gula yang mak jemur tu !" Aduhhh !.. tak sedar pun, kakinya membawa dia pulang ke rumah. 'Aduuuh lagi', bila dia kena angkat gula di jemuran. " Yang tercegat tu kenapa ?" suara bak halilintar itu menerjah terus di cuping telinganya."aa..aa..aa". Terkocoh-kocoh dia. "ish!".  Matanya terpaku melihat bala tentera semut merompak butir-butir gula di depan waris tuannya. Ada sebutir gula dibawa oleh dua ekor semut. Berat agaknya. Mungkin diaekor kawan baik, memang kena kerjasama pun. mmm.. tak macam kawan2 dia..tak ada semangat setiakawan. 'Setiakawin' adalah !. Muncung bibirnya. Sakit hatinya. Kalaulah semut-semut ni jadi kawan dia. Kan best !. Dia senyum simpul. Gayanya macam 2 ekor semut tu bersetuju.

'Eh ! Eh ! kenapa plak semut tu lari tiba-tiba ?', kenapa dia tinggalkan kawan dia ?, looo.. dia gi tolong semut-semut lain angkat butir gula yang lagi besar'. Terhegeh-hegeh laa.. semut yang sekor tu angkat butir gulanya. tiba-tiba semut yang sekor tu berenti.. x larat kot. agaknya..melepaskan lelah. atau memang semut tu lelah ! ish! ish! ish!. Tak patut..tak patut betul semut tu tinggalkan kawan dia yang lelah .. kenapa dia tinggalkan kawan dia tu ?.. 'Gula tu lagi besar. lagi menguntungkan.lagi tahan lama' jawabnya sendiri. memang itu hujah yang kukuh. Faedah itu membuatkan butir gula yang besar lebih menarik untuk dilarikan. Yang lebih menarik akan diraikan. Yang lebih menarik akan dikongsi. Yang lebih menarik akan diutamakan.

Mmmmm.... agaknya sebab dia tidak ada sesuatu yang menarik, jadi kawan-kawan tidak mengendahkannya.  Tiada apa yang menarik untuk dikongsi. Dirai. Dipilih dan diutamakan. 'apa yang menarik ?' 'apa yang ada padanya ?'. Matanya meliar..dikecil-kecilkan matanya agar lebih fokus dalam pencarian..  Ha ! Senapang Kayu ! Senapang Kayu abang aku ! Berlari dia mendapatkan senapang kayu yang tersangkut di alang reban. Berlari juga dia mendapatkan terung pipit yang meriah berbuah dan  hanya beberapa ela saja. Berlari dia membawa senapang dan  terung pipit penuh dalam genggaman. Berlari menuju ke pohon rendang. Pohon rendang tempat rakannya yang lain bergumbira meraikan 'sesuatu yang menarik'. Nantikan ! Nantikan ! aku yang x layak jadi pengantin kerana tidak menarik ini akan membawa 'sesuatu yang menarik'. Dia berlari semakin laju.. semakin laju.. laju..dan laju dan laju.

Berbalam-balam kelihatan kawan-kawannya sibuk 'memasak' dan jadi 'mak andam'. Riuh rendah kedengarannya. Dia memperlahankan larian. Semakin hampir dengan kawan-kawannya.Semakin hampir.. "oii ! marilah ! kau pegi mana ?" terdengar suara si nonoi. Jelas tangan nonoi melambai-lambai ke arahnya. "tak nak la !" dia menolak. "habis kau nak p mana ?" tanya si sopam pula..sang pengantin yang dipuja. uueekkk ! "nak p tembak burung" katanya sambil  menunjuk senapang dan terus membedek ke pohon kelapa yang baru dihinggapi sekumpulan Bayan. Terkejut bayan-bayan itu dan terus beterbangan..hijauuu di awan.Semua mata rakan-rakannya terbelalak. Dia 'control' senyum. Senyum bangga dalam hati. hehehehe.. "aku nak ikut !" Melompat si ucop. " aku pun !" jerit si leman. Senyum tak tertahan lagi. "boleh kita tembak angsa Tuk Mahat tak ? angsa-angsa tu jahat" tanya si nonoi yang telah sedia berdiri. "Boleh!" Sungguh yakin dia beri jawapan. Gaya YB berjanji bila menjelang pilihanraya.. heeee. Senyum dah sampai ke telinga "Nak juga la !". "Kita boleh tembak burung wak-wak kat paya rumah Tuk Senin kan ?" Entah sapa yang bercakap dia tak perasan. "Boleh !" jawabnya rambang. YB la katakan. YB (Yang Bersenapang). Lama-lama.. tinggal sopam je atas tikar mengkuang yang hanya tinggal separuh tu. 'pelangin anganku musnah' heehheee. Dia gelak dalam hati. Dia berjaya mengumpulkan kawannya. Dia membawa 'sesuatu yang menarik' dan kawan-kawannya tertarik. Senyum dia tak boleh nak surut. "Eh ! jom la !" Jerit entah suara sapa. "Jom ! Jom ! Jom !" Semua kaki melangkah tinggalkan 'rumah' pengantin. Matanya pandang sopam. Sopam masih duduk. Mulutnya cebik. Macam geram, macam tak puas hati. "tak nak la ! tu kan mainan budak laki". jerit sopam. "aalaaa.. kami tadi main pondok-pondok.. laki ape ?" jerit leman balik. "dah laa... jom!" Dia lambai pada sopam. Sopam buat-buat tak nampak. "tak nak sudahhhh... Jom la !" Leman bersuara lagi. "Ok la..Jom !" semua melangkah terus ke depan.. macam-macam imaginasi dalam kepala. Banyak agaknya hasil yang diaorang akan dapat menjelang petang. hehehe. 'Aku berjaya !' Bisiknya dalam hati. "tunngguuuuuu !" suara sopam kedengaran sayup.

No comments:

Post a Comment